πππππ ππππππππ πππππππππ ππππππππ πππππππ πππππππ πππππππ ππππππππππ (πππ) ππππππ ππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππ ππππππππ πππππππππ ππππππππ πππππππ πππππππ πππππππ ππππππππππ (πππ) ππππππ ππππ
Β
JERUDONG, 25 Jun β Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menyertai Latihan Bencana Kebangsaan (LBK) Brunei 2026 sebagai Pemerhati dan Penilai bagi memperkukuh kerjasama strategik serta memperluaskan perkongsian kepakaran dalam pengurusan bencana antara Malaysia dan Negara Brunei Darussalam.
Β
Delegasi NADMA yang diketuai oleh DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA, bersama PgKB I Arjunaidi Ismail telah mengikuti latihan selama tiga hari bermula 23 hingga 25 Jun 2026 di Dewan Persidangan BRIDEX, Jerudong. Latihan ini memberi tumpuan kepada pengujian kesiapsiagaan negara melalui ππ’π£ππ¦-ππ°π± ππΉπ¦π³π€πͺπ΄π¦ (πππ) yang menguji proses membuat keputusan, penyelarasan pelbagai agensi, komunikasi serta pengurusan insiden berdasarkan ππ’π΅πͺπ°π―π’π ππ΅π’π―π₯π’π³π₯ ππ±π¦π³π’π΅πͺπ―π¨ ππ³π°π€π¦π₯πΆπ³π¦ (ππ’πππ).
Β
Penyertaan NADMA bukan sahaja membuka ruang pertukaran pengalaman dan amalan terbaik bersama Negara Brunei Darussalam, malah mengukuhkan lagi kerjasama serantau dalam mempertingkat keupayaan pengurusan bencana yang lebih cekap, terselaras dan berdaya tahan bagi menghadapi cabaran bencana pada masa hadapan.
