PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

π€π‹πˆπ‘π€π ππ”πˆππ† 𝐔𝐋𝐔 π†π„π‘π”ππ“π”πŒ π”π‰πˆ πŠπ„π“π€π‡π€ππ€π πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ 𝐃𝐀𝐍 πŠπ„π’πˆπ€ππ’πˆπ€π†π€π€π 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

π€π‹πˆπ‘π€π ππ”πˆππ† 𝐔𝐋𝐔 π†π„π‘π”ππ“π”πŒ π”π‰πˆ πŠπ„π“π€π‡π€ππ€π πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ 𝐃𝐀𝐍 πŠπ„π’πˆπ€ππ’πˆπ€π†π€π€π 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Β 
GOPENG, 24 Jun – Kejadian aliran puing yang melanda Kampung Orang Asli Ulu Geruntum baru-baru ini menjadi peringatan bahawa risiko bencana akibat cuaca ekstrem semakin memberi kesan kepada komuniti rentan, khususnya penduduk pedalaman dan Orang Asli yang tinggal di kawasan berisiko.
Β 
Timbalan Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA, PPj.(PA) Mulliadi Al-Hamdi Ladin bersama Encik Mohamad Kamil Mohammad Kasim Pegawai Daerah Kampar,telah mengadakan tinjauan lapangan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Bandaran Gopeng bagi menilai situasi semasa mangsa serta menyelaras tindakan susulan bersama agensi berkaitan.
Β 
Kejadian yang berlaku pada 19 Jun lalu akibat hujan lebat berterusan telah menyebabkan aliran puing dan arus deras yang meruntuhkan tiga jambatan gantung, sekaligus menjejaskan laluan utama penduduk. Seramai 65 mangsa daripada 20 keluarga berjaya dipindahkan ke lokasi selamat hasil tindakan pantas pasukan penyelamat.
Β 
NADMA bersama agensi berkaitan akan terus memperkukuh usaha pemulihan dan penyelarasan bantuan bagi memastikan keselamatan, kebajikan serta keperluan penduduk terjejas terus diberi perhatian, selaras dengan usaha membina komuniti yang lebih berdaya tahan menghadapi risiko bencana pada masa hadapan.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search