𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫 𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐀𝐰𝐚𝐧 (𝐎𝐏𝐀) 𝐅𝐨𝐤𝐮𝐬 𝐄𝐦𝐩𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Hari Terakhir Operasi Pembenihan Awan (OPA) Fokus Empangan di Negeri Melaka dan Johor | 9 April 2026
OPA hari ini bermula jam 1.00 tengah hari menuju ke kawasan Empangan Jus di Melaka sebagai laluan tambahan susulan permohonan yang diterima daripada kerajaan negeri Melaka dan disusuli pembenihan awan di empangan sekitar negeri Johor pada jam 2.00 petang.
Operasi hari ini masih menggunakan pesawat C-130 TUDM dengan membawa muatan 6,000 liter larutan garam.
Keadaan awan di sekitar kawasan empangan Jus, Melaka menunjukkan terdapat awan kumulus menara yang sesuai untuk dibuat pembenihan yang bermula jam 1.30 tengah hari.
Cerapan radar menunjukkan hujan mula turun bermula jam 8.30 malam di Empangan Jus sehingga jam 9.30 malam.
Sementara di empangan sekitar negeri Johor pula, semburan larutan garam bermula pada jam 2.02 petang sehingga 2.55 petang meliputi Empangan Upper Layang, Lower Layang, Gunung Pulai dan Machap. Awan hujan mula terbentuk sekitar jam 4.00 petang di sekitar lokasi Empangan Machap dan hujan berterusan sehingga jam 6.00 petang.
Pelaksanaan OPA hari terakhir di Negeri Melaka dan Johor ini berjaya menurunkan hujan di beberapa kawasan sasaran OPA.
