𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐒𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 (𝐂𝐁𝐃𝐑𝐌) & 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐄𝐓 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐃𝐀𝐘𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐒𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 (𝐂𝐁𝐃𝐑𝐌) & 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐄𝐓 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐃𝐀𝐘𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 | 𝟓 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔
YBhg. Datuk Haji Hussain bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah Pasca Bencana, NADMA telah merasmikan Bengkel Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) dan Pemetaan Aset Bencana Negeri Kelantan yang diadakan di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim, Kelantan.
Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan mengenai aspek kesiapsiagaan kecemasan, mitigasi risiko, pemetaan bahaya serta pembangunan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP). Pendekatan interaktif melalui sesi kumpulan turut memberi peluang kepada peserta mengenal pasti kawasan berisiko dan aset penting di peringkat lokaliti. Seramai 87 peserta yang terdiri daripada penggawa, ketua kampung serta wakil NGO tempatan telah menyertai program ini.
Bengkel ini dapat menghasilkan pemetaan awal aset bencana serta draf pelan tindakan kecemasan yang boleh dijadikan panduan di peringkat komuniti, sekali gus memperkukuh kerjasama antara agensi dan meningkatkan keupayaan komuniti dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Unit Pengurusan Bencana Negeri Kelantan dan 𝘙𝘦𝘥 𝘈 𝘏𝘶𝘮𝘢𝘯𝘪𝘵𝘢𝘳𝘪𝘢𝘯 𝘋𝘦𝘷𝘦𝘭𝘰𝘱𝘮𝘦𝘯𝘵 𝘎𝘭𝘰𝘣𝘢𝘭 (𝘙𝘌𝘋 𝘈) telah berjaya menganjurkan bengkel ini sebagai mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa komuniti sebagai barisan hadapan dalam pengurusan bencana.
Turut hadir di bengkal ialah Tuan Jefny Muhammad, Pengarah SPKS, Encik Abdul Aziz Mahamad Zabidin, KPP SPKS dan Encik Mohd Syafiq Ahmad Dusuki, pegawai NDCC.
