LAWATAN FIZIKAL KURSUS KHAS SMART SIRI 1/2025
- Faiz
- Program dan Aktiviti
LAWATAN FIZIKAL KURSUS KHAS SMART SIRI 1/2025
16 Jan. 2026, Kem Bina Semangat, Kuala Kubu Bharu Selangor - YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Hj Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA telah meluangkan masa dalam Sesi Lawatan Fizikal Kursus Khas SMART Siri 1/2025.
Turut hadir bersama dalam sesi lawatan tersebut adalah Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi (SPeO), Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan(BKP), Wakil Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi (SPO) dan Komander Pasukan SMART serta barisan pegawai kanan.
Sesi lawatan tersebut diterangkan berkaitan enam(6) modul utama Kursus Khas SMART yang disampaikan oleh Insp. Abdullah bin Ahmad Sobri selaku pegawai penyelaras kursus. Selain itu dipersembahkan juga demonstrasi kaedah menyelamat serta survival oleh peserta kursus.
Peserta Kursus Khas SMART Siri 1/2025 terdiri daripada 1 Pegawai Kanan dan 11 Anggota lain-lain pangkat.
Kesemua peserta telah mempamerkan kecemerlangan dalam kesemua modul yang telah dilalui dan berbaki 1 minggu untuk menamatkan kursus dengan jayanya.
