Kunjungan Hormat Ketua Pengarah METMalaysia atas Ketua Pengarah NADMA
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Kunjungan Hormat Ketua Pengarah METMalaysia atas Ketua Pengarah NADMA | 25 Julai 2025 | Ibu Pejabat NADMA
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), YBrs. Dr Mohd Hisham Mohd Anip telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah NADMA, YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah bertempat di Pejabat Ketua Pengarah, Aras 7.
Dr. Fariza bin Yunus, Pengarah Kanan, Pusat Meteorologi Penerbangan Nasional, En. Maqrun Fadzli Mohd Fahmi, Pengarah Kanan Pusat, Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional serta beberapa orang pegawai kanan MET Malaysia lain turut hadir mengiringi.
Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan bagi memperkukuh dan mengerat kerjasama antara NADMA dan MET Malaysia terutamanya dalam aspek pengurusan bencana. Antara perkara yang dibincangkan ialah, penyelarasan siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia, penglibatan NADMA dalam Forum Iklim Kebangsaan (FIK) anjuran MET Malaysia, dan kerjasama MET Malaysia-NADMA dalam World Meteorology Organization.
Secara prinsipnya, Datuk Abdul Halim bin Hamzah amat berbesar hati dengan setiap cadangan dan pandangan yang telah diutarakan. NADMA sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama dalam pelbagai bentuk memandangkan MET Malaysia merupakan salah satu agensi teknikal yang amat besar peranannya dalam pengurusan bencana di Malaysia.
Turut hadir dari pihak NADMA, YBhg. Datuk Mohd Razali bin Wahab, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Encik Rusli Bin Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan, Encik Addyhanis bin Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi, Ir. Sulaiman bin Kamari, Pengarah Seksyen Teknikal dan Infrastruktur dan Encik Rosnadi bin Majid, Pengarah Pusat Kawalan Bencana Negara.
