Mesyuarat/ Bengkel Memuktamadkan Semakan Semula Arahan MKN No.19 kepada Arahan NADMA No.2, Pasukan SMART
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
MESYUARAT/ BENGKEL MEMUKTAMADKAN SEMAKAN SEMULA ARAHAN MKN NO.19 KEPADA ARAHAN NADMA NO.2, PASUKAN MENCARI DAN MENYELAMAT KHAS MALAYSIA (SMART) | 5 hingga 7 Februari 2025 | Perdana Hotel, Kota Bharu, Kelantan
Telah berlangsung mesyuarat/ bengkel ini yang bertujuan untuk menyemak semula Arahan MKN No.19 kepada Arahan NADMA No.2 dengan mengemaskini prosedur, pentadbiran dan pengurusan serta gerak kerja Pasukan SMART agar dapat memperkasa Pasukan SMART secara khususnya. Sesi ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) dan diselaraskan oleh En. Addyhanis bin Ahamad, Pengarah Sekyen Penyelarasan Operasi.
Sesi ini turut disertai oleh YBhg. Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, En. Rusli Bin Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan, PgKB I Mohd Khairul bin Jamil, Komander Pasukan SMART serta anggota Pasukan SMART. Turut hadir wakil daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Seterusnya, YBhg. Datuk Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) telah melakukan lawatan ke Tapak Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) di SK Gual Tinggi, Pasir Mas dan Tapak Projek Tebatan Banjir di Sungai Golok. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan memahami keadaan sebenar di kedua-dua tapak projek berkenaan. Sesi lawatan ini telah disertai oleh Jurutera projek di tapak, Guru Besar SK Gual Tinggi, Ketua Kampung serta pihak kontraktor bagi memberikan taklimat berhubung projek-projek berkenaan.