Mesyuarat Penyelarasan Sumbangan Barangan Bantuan dari GDRN kepada mangsa bencana
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
10 Februari 2025 - Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Sumbangan Barangan Bantuan dari GLC Demi Rakyat dan Negara (GDRN) kepada mangsa bencana di daerah Miri, Kuching dan Bintulu.
Pihak GDRN akan menyumbang sebanyak 5,000 kit keperluan untuk keluarga seberat 47 tan dan bernilai RM 1.24 juta. Setiap Ketua Isi Rumah (KIR) akan menerima satu (1) kotak barang bantuan yang terdiri daripada:
• 1 Cerek elektrik
• 1 Periuk nasi
• 2 Selimut
• 2 Tuala
• 2 kain sarong
• Beserta 1 toto (Narita)
Kit sumbangan tersebut akan di hantar ke Kuching, Sarawak (2 trip) melalui pesawat MASKargo.