Bengkel Penggunaan Aplikasi Geospatial Information System (GIS) Menerusi Sistem Defence Geospatial Information Management (DGIM) Pengurusan Bencana
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
BENGKEL PENGGUNAAN APLIKASI GEOSPATIAL INFORMATION SYSTEM (GIS) MENERUSI SISTEM DEFENCE GEOSPATIAL INFORMATION MANAGEMENT (DGIM) PENGURUSAN BENCANA | 14 hingga 16 Julai 2024 | TAMU HOTEL & SUITES KUALA LUMPUR
Β
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat Bil.2 Tahun 2022 (JPBP Bil. 2/2022) pada 12 September 2022 telah bersetuju untuk mengaplikasikan keupayaan sistem Defence Geospatial Information Management (DGIM) dalam pengurusan bencana negara. Pihak NADMA akan memperluaskan penggunaan DGIM agar data-data geospatial dalam dashboard tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).
Β
Sesi penerangan awal secara dalam talian telah diadakan pada 26 Mac 2024 dan diikuti dengan Sesi Libat Urus bersama semua Kerajaan Negeri pada 9 Mei sehingga 5 Julai 2024. Bagi membolehkan sistem DGIM ini dapat dilaksanakan dengan berkesan di setiap negeri, satu siri bengkel secara hands-on telah diadakan mengikut objektif berikut:
Β
1. Memberi pendedahan kepada peserta secara langsung cara penyampaian maklumat geospatial yang komprehensif menggunakan platform DGIM;
2. Melatih peserta tentang cara penggunaan dan pengendalian DGIM secara efektif dan efisien ketika bencana;
3. Mengemaskini profil setiap negeri sebelum MTL 2023/2024; dan
4. Menyelaraskan penggunaan Borang Survey 123 untuk pelaporan situasi bencana.
