PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Infografik

Previous Next

Cuaca Panas, Jangan Ambil Mudah!

Musim Monsun Barat Daya boleh membawa keadaan cuaca yang lebih panas dan kering. Dalam keadaan ini, tubuh lebih mudah kehilangan air dan mengalami kesan akibat haba.

Jangan tunggu sehingga badan mula menunjukkan gejala Pastikan pengambilan air mencukupi, kurangkan aktiviti berat di bawah cuaca panas dan beri tubuh masa untuk berehat.

Jika mula berasa tidak sihat, segera berteduh di tempat yang lebih sejuk dan dapatkan rawatan sekiranya keadaan bertambah teruk.

Previous Next

3 RISIKO, 1 PERSEDIAAN

Monsun Barat Daya bukan sekadar membawa perubahan cuaca, malah boleh meningkatkan beberapa risiko kepada kehidupan seharian seperti kekurangan sumber air, cuaca panas dan jerebu.

Persediaan awal membantu kita menghadapi perubahan cuaca dengan lebih selamat dan tenang.

Previous Next

SEMAK SEBELUM SEBAR 📢

Dalam menghadapi Monsun Barat Daya 2026, orang ramai disaran supaya tidak mudah mempercayai atau menyebarkan sebarang maklumat tanpa membuat semakan terlebih dahulu. Maklumat berkaitan cuaca, kualiti udara, bekalan air dan situasi semasa perlu dirujuk daripada sumber rasmi bagi memastikan kesahihannya.

Pastikan maklumat yang diterima datang daripada agensi atau saluran rasmi dan telah disahkan sebelum dikongsi. Elakkan menyebarkan berita yang belum pasti kerana maklumat yang tidak tepat boleh menimbulkan kekeliruan dan menjejaskan tindakan orang ramai ketika berdepan risiko bencana.

Previous Next

JEREBU BUKAN SEKADAR MASALAH UDARA

Jerebu bukan sahaja menjejaskan kualiti udara, malah boleh memberi kesan kepada kesihatan, aktiviti harian, pendidikan serta keselamatan dan pergerakan. Keadaan ini memerlukan perhatian dan tindakan yang sewajarnya, terutama apabila bacaan kualiti udara semakin merosot.

Orang ramai disaran sentiasa memantau bacaan kualiti udara, mengehadkan aktiviti fizikal di luar dan memilih aktiviti di dalam bangunan apabila keadaan tidak mengizinkan. Pastikan ruang dalaman mempunyai pengudaraan yang baik dan gunakan pelitup muka yang sesuai apabila berada di luar.

Previous Next

6 LANGKAH MELINDUNGI DIRI KETIKA JEREBU
 
Jerebu boleh menjejaskan kesihatan, terutama apabila kualiti udara semakin merosot. Oleh itu, orang ramai disaran mengambil langkah berjaga-jaga dan mengurangkan pendedahan kepada udara yang tercemar.
 
Semak bacaan IPU semasa, kurangkan aktiviti fizikal di luar, gunakan pelitup muka yang sesuai jika perlu keluar serta pastikan udara di dalam rumah sentiasa bersih. Selain itu, minum air secukupnya dan dapatkan rawatan sekiranya mengalami simptom yang semakin teruk.
 
Golongan berisiko seperti warga emas, kanak-kanak, ibu hamil serta individu yang mempunyai masalah jantung atau paru-paru perlu mengambil langkah perlindungan dengan lebih berhati-hati. Sentiasa peka terhadap keadaan kualiti udara dan ikuti maklumat daripada sumber rasmi.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search