Cuaca Panas, Jangan Ambil Mudah!
- Admin UKK
- Infografik dan Poster
Cuaca Panas, Jangan Ambil Mudah!
Musim Monsun Barat Daya boleh membawa keadaan cuaca yang lebih panas dan kering. Dalam keadaan ini, tubuh lebih mudah kehilangan air dan mengalami kesan akibat haba.
Jangan tunggu sehingga badan mula menunjukkan gejala Pastikan pengambilan air mencukupi, kurangkan aktiviti berat di bawah cuaca panas dan beri tubuh masa untuk berehat.
Jika mula berasa tidak sihat, segera berteduh di tempat yang lebih sejuk dan dapatkan rawatan sekiranya keadaan bertambah teruk.
