Menuju πππππππ ππΉπ΅π¦π³π―π’π ππ¦π€ππ’π΄π΄πͺπ§πͺπ€π’π΅πͺπ°π― (πππ) 2026
- Admin UKK
- Infografik dan Poster
IPU NAIK? JANGAN AMBIL MUDAH!Β ![]()
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang meningkat menandakan kualiti udara semakin merosot dan boleh meningkatkan risiko terhadap kesihatan.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa menyemak bacaan IPU terkini, mengurangkan aktiviti di luar terutama aktiviti fizikal, memakai pelitup muka yang sesuai serta minum air secukupnya.
GEJALA KESIHATAN AKIBAT JEREBUΒ ![]()
Pendedahan berterusan kepada jerebu boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan gejala seperti mata pedih dan berair, hidung berair, batuk, kegatalan pada kulit, sakit dada serta kesukaran bernafas.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap tahap kualiti udara, menghadkan aktiviti di luar dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi diri serta keluarga daripada kesan jerebu.
Dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala yang serius.
RISIKO CUACA KERING SEMASA MONSUN BARAT DAYA 2026: BERSIAP SEDIA, LINDUNGI DIRI
- Admin UKK
- Infografik dan Poster
RISIKO CUACA KERING SEMASA MONSUN BARAT DAYA 2026: BERSIAP SEDIA, LINDUNGI DIRI
Monsun Barat Daya membawa keadaan cuaca panas dan kering yang boleh meningkatkan risiko dehidrasi, strok haba serta penurunan paras sungai dan empangan, sekali gus memberi tekanan kepada sumber air.
Cuaca kering juga boleh meningkatkan risiko jerebu, yang menjejaskan kualiti udara dan jarak penglihatan. Orang ramai dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti luar, menjaga penggunaan air dan sentiasa mengikuti maklumat serta nasihat daripada sumber rasmi.
