Bengkel Pengurusan Prestasi MyPerformance dan Pemantapan Komponen Kompetensi Fungsian serta Kompetensi Tingkah Laku NADMA Bagi Tahun 2025
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Bengkel Pengurusan Prestasi MyPerformance dan Pemantapan Komponen Kompetensi Fungsian serta Kompetensi Tingkah Laku NADMA Bagi Tahun 2025 | 3 hingga 5 Jun 2025 | Dewan Grand Hibiscus, Hotel Ibis, Kuala Lumpur
Telah berlangsung Bengkel Pengurusan Prestasi MyPerformance dan Pemantapan Komponen Kompetensi Fungsian serta Kompetensi Tingkah Laku NADMA bagi tahun 2025 yang telah disampaikan oleh Puan Rozhana binti Mahat dan Puan Haini Syariah binti Mohamed Zan serta dibantu oleh Encik Mohd Fairiz bin Abd Jabar dan Puan Norhafida binti Mhd Izani wakil daripada Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Perdana Menteri.
Bengkel ini diadakan khusus kepada Pegawai Penilai (PP) bagi tujuan untuk meningkatkan kecekapan serta menambah baik tadbir urus pengurusan prestasi, aspek dan kriteria penilaian, wajaran markah prestasi serta memperkasa peranan pegawai penilai dalam memberikan pemarkahan melalui MyPerformance yang mana akan digunakan sepenuhnya mulai pada tahun ini.
The 20th Annual Meeting of Working Group on Disaster Risk Reduction UNESCAP/WMO Typhoon Committee
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
The 20th Annual Meeting of Working Group on Disaster Risk Reduction UNESCAP/WMO Typhoon Committee | 27 hingga 30 Mei 2025 | Seoul, Republik Korea
The 20th Annual Meeting of Working Group on Disaster Risk Reduction UNESCAP/WMO Typhoon Committee yang bertemakan ‘Shifting Paradigms in Disaster Risk Reduction: Strategies for Climate Change Risks’. Mesyuarat ini juga diadakan bersekali dengan Advisory Working Group (AWG) Meeting bagi membincangkan strategi dan hala tuju pelaksanaan inisiatif di bawah Typhoon Committee (TC) pada masa akan datang.
TC merupakan sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah kerjasama antara United Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (UNESCAP) dan World Meteorological Organization (WMO). Jawatankuasa ini telah berfungsi sebagai platform penting untuk negara anggota berkongsi maklumat, teknologi, kepakaran serta pengalaman dalam usaha mempertingkatkan keupayaan menghadapi bencana berkaitan taufan.
Wakil NADMA ialah Encik Muhamad Faid bin Nazri, Penolong Pengarah Kanan II (Dasar) selaku wakil national focal point bagi Pengurangan Risiko Bencana dan ahli dalam Jawatankuasa Kerja Pengurangan Risiko Bencana (WGDRR). Mesyuarat ini turut dihadiri oleh ahli-ahli TC WGDRR iaitu China, Hong Kong, Jepun, Lao PDR, Macao, Filipina, Republik Korea, Thailand, Amerika Syarikat dan Vietnam.
Insarag External Reclassification (IER) Pasukan China Search and Rescue Heavy Usar Team CHN-01 dan CHN-02
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Insarag External Reclassification (IER) Pasukan China Search and Rescue Heavy Usar Team CHN-01 dan CHN-02 | 25 hingga 29 Mei 2025 | Beijing, China
Delegasi NADMA telah diketuai oleh YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Haji Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) bersama Encik Shanmugam A/L Gopalan, Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Penyelarasan Operasi yang telah memainkan peranan sebagai observer Pasukan CHN-01 dan CHN-02.
Observer telah diberikan peluang bagi melihat dengan lebih dekat proses pelaksanaan IER Pasukan CHN-01 dan CHN-02. Sepanjang program berlangsung, barisan observer yang terdiri daripada Malaysia, Hong Kong, Mongolia, Singapura dan Korea Selatan telah diberi taklimat berkenaan perkongsian tentang penganjuran IER, pengurusan pasukan yang melibatkan persediaan, mobilisasi, simulasi 36 jam operasi dan demobilisasi yang dilaksanakan oleh Pasukan CHN-01 dan CHN-02. Antara tempat yang telah dilawati sepanjang sesi ini adalah National Earthquake Response Support Service Center (NERSS), CHN-01 Training Field, Search and Rescue (SAR) K9 Base dan Beijing Fire and Rescue Brigade Training Center.
Selain itu, PgKB II Mohamad Hafiezul bin Abdul Halim, Pegawai Latihan Pasukan SMART telah melaksanakan tugas sebagai Rescue Classifier dalam meneliti semua gerak kerja berkaitan penyelamatan sekiranya dilaksanakan mengikut piawaian Garis Panduan INSARAG. Beliau bersama 8 orang classifier dari 8 buah negara telah menilai Pasukan CHN-02 daripada aspek pengurusan, USAR Coordination Cell (UCC), perancangan, logistik, mencari dan perubatan.
NADMA mengucapkan tahniah kepada Pasukan CHN-01 dan CHN-02 kerana telah berjaya mendapat IER sebagai Heavy USAR Team. Pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi sepanjang sesi IER China ini akan diteliti bagi menambahbaik persediaan Pasukan SMART dalam menghadapi IER SMART pada September 2026.
Bengkel Semakan Peraturan Tetap Operasi (PTO) Pengendalian Bencana Agensi Pengurusan Bencana Negara Tahun 2025
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Bengkel Semakan Peraturan Tetap Operasi (PTO) Pengendalian Bencana Agensi Pengurusan Bencana Negara Tahun 2025 | 25 hingga 30 Mei 2025 | Colmar Tropicale, Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Pahang
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membuat semakan ke atas (10) Peraturan Tetap Operasi (PTO) dan (3) Garis Panduan untuk digunapakai dalam pengurusan bencana negara.
Antara senarai PTO dan Garis Panduan yang disemak dalam bengkel ini adalah Bencana Banjir, Bencana Industri, Bencana Kebakaran/Pembakaran Terbuka dan Jerebu, Bencana Petrokimia, Bencana Gempa Bumi, Bencana Tsunami, Bencana Kemarau, Bencana Nuklear dan Radiologi, Bencana Angkasa, Bencana Tanah Runtuh, Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK), Pos Kawalan Operasi Bencana (PKOB) serta Komunikasi Bencana.
Bengkel ini disertai seramai (45) orang peserta mewakili (26) jabatan/agensi yang mempunyai peranan masing-masing dalam pengurusan dan pengurangan risiko bencana. Bengkel ini diterajui oleh YBhg. DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi dan turut disertai oleh YBrs. Encik Addyhanis bin Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi dengan sokongan pasukan urusetia. Selain itu, (5) orang pegawai daripada Bahagian Dasar dan Pasca Bencana NADMA juga turut serta sepanjang bengkel ini berlangsung.
Sesi Perbincangan Perkongsian Maklumat Lokasi Orang Kurang Upaya (OKU), Warga Emas dan Pesakit Terlantar bagi Operasi Menyelamat Semasa Bencana
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Sesi Perbincangan Perkongsian Maklumat Lokasi Orang Kurang Upaya (OKU), Warga Emas dan Pesakit Terlantar bagi Operasi Menyelamat Semasa Bencana | 26 Mei 2025
Telah berlangsung satu sesi perbincangan Perkongsian Maklumat Lokasi Orang Kurang Upaya (OKU), Warga Emas dan Pesakit Terlantar bagi Tujuan Operasi Menyelamat Semasa Bencana di Pulau Meranti yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA.
Sesi ini merupakan inisiatif NADMA dalam usaha memperkukuh keberkesanan operasi mencari dan menyelamat semasa bencana, khususnya melibatkan golongan rentan seperti OKU, warga emas dan pesakit terlantar akibat masalah kesihatan. Bagi tujuan ini, NADMA memerlukan maklumat asas dan lokasi tempat tinggal golongan tersebut untuk dimasukkan ke dalam sistem Defence Geospatial Information Management (DGIM) dan dikongsi bersama agensi-agensi tindak balas serta Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di peringkat negeri dan daerah.
Sesi ini telah dihadiri oleh Ketua Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), pegawai-pegawai daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) serta Pegawai Undang-Undang dari Jabatan Perdana Menteri (JPM).
