πππππ ππππ ππππππππ πππππππππ ππππππππππ πππππππ ππππππ πππππππ πππππππππ ππππππ πππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππ ππππ ππππππππ πππππππππ ππππππππππ πππππππ ππππππ πππππππ πππππππππ ππππππ πππππ | π πππ ππππ
Β
Β
Dr. Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah dijemput untuk menyampaikan taklimat bertajuk Mekanisme Pengurusan Bencana: Arahan NADMA No. 1 kepada pegawai kesihatan dan paramedik dari fasiliti kesihatan di daerah Klang. Program anjuran Unit Survelan, Pejabat Kesihatan Daerah Klang ini telah berlangsung pada 9 Jun 2026 di Menara Bank Rakyat, Shah Alam.
Β
Taklimat ini bertujuan meningkatkan pemahaman peserta mengenai mekanisme pengurusan bencana negara serta peranan dan tanggungjawab agensi yang terlibat semasa menghadapi krisis kesihatan awam dan situasi bencana. Para peserta turut didedahkan kepada kepentingan kesiapsiagaan dari aspek operasi, logistik dan sumber manusia bagi memastikan tindak balas yang terancang dan berkesan.
Β
Diharapkan taklimat yang diberikan dapat memperkukuh tahap kesiapsiagaan anggota kesihatan dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan dan bencana. Selain itu, program ini turut membantu mengukuhkan komunikasi serta koordinasi antara agensi berkaitan agar pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara lebih cekap, berkesan dan menyeluruh.
πππππππππ πππππππππ ππππππ ππππππ ππππππππππ πππ πππππππ πππ πππΌπ πππΌπΏπ-ππ-ππΌπ (πππ) πππππ ππππ/ππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππππππ πππππππππ ππππππ ππππππ ππππππππππ πππ πππππππ πππ πππΌπ πππΌπΏπ-ππ-ππΌπ (πππ) πππππ ππππ/ππππ | π πππ ππππ
Β
Β
Bagi memperkukuh kesiapsiagaan logistik dan bekalan makanan dalam menghadapi sebarang situasi bencana, NADMA telah mengadakan Mesyuarat Berkaitan Status Semasa Pembekalan Kit Makanan dan ππ¦π’π ππ¦π’π₯πΊ-π΅π°-ππ’π΅ (MRE) NADMA 2025/2026 di Ibu Pejabat FAMA, Selayang.
Β
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Wan Nora Wan Ahmad, Pengarah Kanan Bahagian Pasaran Produk Proses, FAMA dengan penyertaan pegawai-pegawai daripada NADMA dan FAMA bagi membincangkan hala tuju, perancangan serta status semasa pengurusan dan pembekalan Kit Makanan dan MRE untuk kegunaan pengurusan bencana.
Β
Perbincangan turut memberi fokus kepada aspek penyelarasan, penambahbaikan mekanisme pembekalan serta langkah-langkah bagi memastikan bekalan Kit Makanan dan MRE sentiasa mencukupi, berkualiti dan bersedia untuk digerakkan dengan segera semasa berlakunya bencana.
Β
Mesyuarat ini juga menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama strategik antara agensi bagi memastikan pengurusan logistik bantuan bencana dapat dilaksanakan secara lebih cekap, tersusun dan responsif demi kesejahteraan rakyat yang terjejas.
Β
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Encik Mohd Khairi Abd. Ghani, Pengarah Seksyen Logistik NADMA, Puan Nor Nadirah Abdul Aziz, pegawai Seksyen Logistik NADMA serta pegawai-pegawai daripada FAMA.
Β
πππππ ππππ ππππππππ πππππππππ ππππππππππ πππππππ ππππππ πππππππ πππππππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππ ππππ ππππππππ πππππππππ ππππππππππ πππππππ ππππππ πππππππ πππππππππ | π πππ ππππ
Β
Β
Dr. Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah dijemput untuk menyampaikan taklimat Mekanisme Pengurusan Bencana kepada warga kerja Pejabat Kesihatan Daerah Gombak.
Β
Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan menyeluruh mengenai peranan dan fungsi NADMA dalam pengurusan bencana negara. Selain itu, para peserta turut didedahkan berkaitan konsep pengurusan bencana di Malaysia serta peranan agensi yang terlibat termasuk Kementerian Kesihatan seperti yang termaktub dalam Arahan NADMA No. 1.
Β
Diharapkan taklimat yang diberikan dapat membantu tahap kesiagaan anggota kesihatan dalam menghadapi sebarang situasi bencana. Selain dapat mengukuhkan koordinasi kerjasama supaya pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara lebih cekap, berkesan dan menyeluruh.
πππππ ππππππππ πππππππ πππππ πππππππ ππππππ ππππππππ ππ πππππππππ, πππππ, πππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππ ππππππππ πππππππ πππππ πππππππ ππππππ ππππππππ ππ πππππππππ, πππππ, πππππ | π πππ ππππ
Β
Β
Hari ini 4 lokasi di negeri Sabah iaitu Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu digemparkan dengan bunyi siren nasihat tsunami oleh Met Malaysia.
Β
Selaku penyelaras utama pengurusan bencana negara, NADMA sentiasa berusaha melalui pelbagai inisiatif bagi membantu komuniti agar bersedia menghadapi apa jua bencana di kawasan masing-masing dan menjadi πͺπ―πͺπ΅πͺπ’π π³π¦π΄π±π°π―π₯π¦π³ apabila bencana berlaku.
Β
NADMA telah berjaya berkolaborasi dengan Pejabat Daerah Ranau, Sabah serta Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan Program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) kepada 118 komuniti kampung serta wakil NGO di Kundasang, Ranau, Sabah sebagai usaha memperkukuh tahap kesiapsiagaan komuniti setempat dalam menghadapi risiko bencana.
Β
Daripada memahami risiko bencana sehinggalah mempraktikkan tindakan menyelamat, peserta dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran kesiapsiagaan yang merangkumi risiko tanah runtuh dan gempa bumi, pemetaan kawasan berisiko, simulasi pemindahan, penyediaan beg kecemasan serta latihan pertolongan cemas. Penglibatan NGO melalui perkongsian pengalaman sukarelawan turut memberi nilai tambah dalam memperkukuh daya tahan komuniti menghadapi bencana.
Β
Latihan simulasi bencana seperti ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada komuniti supaya sentiasa bersedia ketika bencana berlaku serta sekali gus dapat memperkukuh daya tahan komuniti terhadap risiko bencana di kawasan Kundasang, Ranau.
ππππππππππ πππ πππππππ πππππππ πππππππ πππππ πππππππππππ ππππππππππ πππππππππππ πππππππ πππππππππππ ππππππππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
ππππππππππ πππ πππππππ πππππππ πππππππ πππππ πππππππππππ ππππππππππ πππππππππππ πππππππ πππππππππππ ππππππππππ
Β
Β
Pengurusan Tertinggi NADMA bersama-sama mengikuti siaran langsung Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Bersempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi bagi bulan Jun secara atas talian.
Β
Kehadiran secara atas talian ini mencerminkan komitmen semua warga kerja dalam mengadaptasi amanat YAB PM serta memahami inisiatif terkini yang sedang dilaksanakan.
