DUBAI - Malaysia dijangka dapat meraih manfaat besar daripada penggunaan teknologi inovatif seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan Internet of Things (IoT) yang diketengahkan oleh syarikat-syarikat terkemuka di Emiriah Arab Bersatu (UAE) termasuk NAFFCO.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, teknologi ini berpotensi memperkukuhkan sistem pengurusan bencana negara sekali gus meningkatkan keupayaan negara dalam menangani cabaran semasa.
“Semasa berada di Dubai, saya berpeluang melawat NAFFCO, sebuah peneraju global dalam bidang keselamatan dan perlindungan dengan kehadiran di lebih daripada 100 negara.
“Usaha mempelajari teknologi terkini serta pertukaran pengetahuan amat penting, terutama ketika kita bersiap siaga menghadapi risiko global seperti bencana yang dipengaruhi oleh perubahan iklim,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Terdahulu, Ahmad Zahid dan delegasi telah melawat ibu pejabat dan kilang NAFFCO di kawasan Zon Bebas Jebel Ali, Dubai pada Isnin.
Antara pengurusan tertinggi NAFFCO yang menyambut kedatangan rombongan delegasi Malaysia termasuk Ketua Pegawai Eksekutif NAFFCO, Khalid Al Khatib dan Pengarah Urusan, Ali Khalid Al Khatib.
NAFFCO (National Fire Fighting Manufacturing FZCO) merupakan pengeluar produk pemadam kebakaran yang berpangkalan di Timur Tengah dan produknya terdiri daripada dua segmen perniagaan utama iaitu perkhidmatan keselamatan serta perlindungan kebakaran.
Tambah Ahmad Zahid, kepakaran dan komitmen NAFFCO sejajar dengan misi kita untuk melindungi nyawa, harta benda, dan alam sekitar.
“Dengan meneroka peluang kerjasama, kita dapat memperkukuh kesiapsiagaan bencana, memperkasakan barisan penyelamat, dan memastikan Malaysia bersedia menghadapi cabaran masa depan.
“Bersama, kita mampu membina masa depan yang lebih selamat, lestari, dan berdaya tahan,” katanya lagi.
50 tan sayur rosak terendam bah
- Admin UKK
- Berita
Kira-kira 50 tan sayuran rosak selepas kebun sayur utara Johor, mula ditenggelami banjir, susulan musim tengkujuh bermula minggu lalu.
Setiausaha Persekutuan Penanam Sayur Sayuran Malaysia, Tan Chee Kiong, berkata hujan lebat sejak Jumaat lalu menyebabkan lebih 20 hektar kebun dan ladang sayuran di Tangkak dan Muar, ditenggelami banjir.
Katanya, lebih banyak ladang sayuran di kawasan rendah di Johor akan ditenggelami banjir jika hujan lebat berterusan minggu ini.
“Hujan lebat dua hari yang melanda Tangkak dan Muar pada Jumaat dan Sabtu lalu menyebabkan lebih 20 hektar kebun sayur ditenggelami banjir.
“Ini membabitkan kira-kira 50 tan sayuran terutama berdaun seperti sawi, bayam dan kangkung rosak akibat ditenggelami banjir.
“Bagaimanapun, bekalan sayuran berdaun di negeri ini tidak terlalu terjejas kerana bekalan masih boleh didapati dari daerah dan negeri berdekatan,” katanya ketika dihubungi.
Proses semaian semula
Dalam pada itu, Chee Kiong berkata, tempoh kira-kira tiga minggu hingga sebulan diperlukan bagi memastikan kebun serta ladang sayuran terjejas, dapat memulakan proses penanaman sayuran semula.
Katanya, ini berikutan proses semaian semula perlu dibuat susulan sayuran ditanam rosak.
“Jika tanah terlalu berair pun tidak sesuai untuk proses semaian semula. Mahu tak mahu, pengusaha kena menunggu tanah kering sedikit sebelum memulakan proses.
“Jika keadaan hujan lebat berterusan, kami bimbang kebun dan ladang sayur di kawasan rendah, terutama Kota Tinggi dan Kluang turut ditenggelami banjir,” katanya.
Fenomena kepala air di kawasan rekreasi seperti di sungai boleh berlaku seawal 10 minit apabila aliran sungai ke kaki bukit turun dengan laju, tertakluk kepada keadaan cuaca semasa.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Awang Hidzel Awang Bujang, berkata biasanya kepala air boleh turun dalam tempoh 10 hingga 30 minit mengikut kelebatan hujan yang berlaku.
Disebabkan itu, katanya, jika di kawasan kaki bukit tidak hujan, tetapi di atas bukit cuaca hujan, kepala air masih boleh berlaku secara mengejut.
“Antara petanda akan berlakunya kepala air, termasuk bunyi deruan kuat di atas puncak bukit atau gunung selain warna air secara tiba-tiba bertukar keruh mendadak yang disertai ranting
kayu dan daun berselerak mengikut aliran air.
“Berikutan itu orang ramai yang mengunjungi lokasi riadah terbabit perlu sentiasa peka dengan keadaan persekitaran,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Awang Hidzel berkata, orang ramai yang terbabit dalam sebarang aktiviti di air sepatutnya memakai alat perlindungan diri seperti jaket keselamatan kerana
ia dapat membantu mereka menyelamatkan diri sekiranya arus deras kepala air berlaku.
Segera ke kawasan selamat
Namun, katanya, jika orang ramai dapat mengesan lebih awal petanda akan berlaku kepala air, mereka sebaiknya tidak menunggu dan segera naik ke kawasan selamat yang jauh dari aliran sungai.
“Jika ada petanda seperti bunyi deruan dan air sungai menjadi keruh berlaku, jangan tunggu lagi, segera beredar dari kawasan itu kerana bimbang kepala air akan berlaku yang boleh mengancam nyawa.
“Sebaiknya dalam keadaan cuaca tidak menentu ketika ini, kita perlu elak mengunjungi kawasan rekreasi termasuk di pantai, sungai dan bukit untuk mengelak kejadian ini berlaku,” katanya.
IPOH: Pay attention to the weather before participating in any water-based activities, says the fire department.
Perak Fire and Rescue Department director Sayani Saidon said the people need to be more vigilant and mindful of the weather, especially during the north-east monsoon season that brings continuous heavy rain.
“Even before the (Sungai Jahang) incident, we had issued warnings to be cautious of the weather and avoid water-based activities.
“We hope that recreational centre operations will temporarily halt these activities like water rafting,” she said when contacted.
“Water levels rise because of increased rain. We urge people to avoid taking part in any waterbased activities until the weather improves.
“I would like to remind everyone to be careful and to exercise greater care,” Sayani said, adding that the department had previously highlighted a list of locations that are particularly vulnerable to the water surge phenomenon.
Three Public Works Department (JKR) employees, Langkawi JKR senior assistant Mohamad Khairul Hakim Hamidi, 37; Central Seberang Perai JKR engineer Suhaili Mat Saad, 47; and Langkawi JKR customer service officer Muhammad Ikram Abdul Bari, 29, drowned in a water surge incident at Sungai Jahang in Gopeng last Friday.
They were thought to have fallen into the water after their boat capsized and became swept away while participating in a water rafting activity.
Reports also indicated a sudden rise in the river level due to continuous heavy rain.
After the incident, the Kampar district immediately suspended all recreational and outdoor water sports involving rivers.
In September, Sayani noted that there were 21 hotspot areas in the state that are vulnerable to water surge incidents.
These locations included recreational sites and waterfalls in five districts: Hulu Perak, Larut Matang and Selama, Kuala Kangsar, Kinta and Kampar.
Sayani said the department is always prepared to face any emergencies.
She said they had held a largescale rural emergency disaster exercise just at the end of last month to prepare for the monsoon season.
“The situation in the state is still under control. We have sufficient manpower on standby for any emergency incidents.”
Dua PPS dibuka
- Admin UKK
- Berita
Tampin: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di negeri ini susulan hujan lebat mengakibatkan banjir di Gemencheh dan Kuala Pilah, semalam.
Dua PPS terbabit ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Gedok, Gemencheh dan Dewan Orang Ramai Dangi, Johol, Kuala Pilah.
Laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri memaklumkan seramai 19 mangsa membabitkan empat keluarga ditempatkan di SK Gedok manakala 10 keluarga membabitkan keseluruhan 44 mangsa berlindung di Dewan Orang Ramai Dangi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tampin Fadhil Hassan berkata, PPS SK Gedok yang dibuka pada jam 12 tengah malam kelmarin menempatkan mangsa yang tinggal di Kampung Tengah dan Gedok.
“Punca banjir kilat ini disebabkan hujan lebat dan limpahan air sungai,” katanya menerusi kenyataan, semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri Gemencheh Suhaimizan Bizar berkata, misi bantuan banjir digerakkan dengan kerjasama Majlis Daerah Tampin, pasukan pengakap serta sukarelawan.
“Lebih 50 orang berjaya dikumpulkan dan dipecahkan ke beberapa lokasi di sekitar pekan Gemencheh termasuk Taman Muhibbah, Bukit Rokan, Kampung Tengah dan Kampung Gedok.
“Dianggarkan lebih 30 rumah di sekitar Gemencheh dan sebuah sekolah di Bukit Rokan terjejas.
“Data tepat rumah yang terjejas belum diperoleh sepenuhnya,” katanya.
Dalam pada itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kuala Pilah Mohamad Ghazali Abd Rahim berkata, PPS dibuka di Dewan Orang Ramai Dangi susulan banjir di sekitar Johol.