KOTA KINABALU: Kebakaran besar yang memusnahkan 1,000 rumah di Kampung Bahagia, Sandakan awal pagi tadi disifatkan sebagai satu tragedi kemanusiaan yang mendukacitakan seluruh negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud, berkata Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama agensi berkaitan telah digerakkan dengan segera ke lokasi berkenaan bagi membantu mangsa.
Beliau berkata, operasi agensi itu merangkumi proses menyelamat, pemindahan mangsa, pendaftaran, serta penyediaan bantuan awal di pusat penempatan sementara (PPS).
Menzahirkan rasa pilu atas musibah itu, beliau berkata, kesedihan yang dialami oleh penduduk Kampung Bahagia turut dirasai seluruh rakyat Malaysia.
"Bayangkan, dalam satu malam ada anak-anak yang kehilangan tempat berteduh, ibu bapa yang kehilangan segala harta benda, dan keluarga yang kini tinggal sehelai sepinggang dengan hanya pakaian di badan.
"Insiden ini bukan sekadar kebakaran, ia adalah satu tragedi kemanusiaan yang telah memusnahkan hampir 1,000 buah rumah dan menjejaskan ribuan penduduk dalam sekelip mata," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mustapha turut memberi jaminan mangsa yang terbabit tidak akan dibiarkan bersendirian dalam menghadapi saat sukar itu.
Katanya, Kerajaan MADANI bersama-sama Kerajaan Negeri Sabah akan memastikan segala bentuk bantuan disalurkan secepat mungkin dengan usaha pemulihan digerakkan penuh komitmen.
Beliau turut menyeru seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Sabah untuk terus bersatu hati menghulurkan sumbangan serta mendoakan kesejahteraan mereka kerana bantuan fizikal semata-mata tidak mampu mengubati trauma mangsa.
"Dalam saat sebegini, kita tidak boleh biarkan mangsa menghadapi ujian ini sendirian. Insya-Allah, daripada abu ini, kita akan bangkit semula," katanya.
SANDAKAN: Kira-kira 1,000 buah rumah di perkampungan atas air dekat Kampung Bahagia, Batu Sapi di sini musnah dalam kebakaran awal pagi semalam.
Ia adalah kebakaran kali ketiga pernah berlaku di kampung berkenaan namun merupakan paling besar selepas kejadian pada tahun 1994 dan 2001.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, kebakaran yang bermula pukul 1.30 pagi itu menjejaskan kira-kira 8,000 mangsa.
Katanya, semua mangsa kini ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu di Dewan Program Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi dan Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Gas.
“Kebakaran berjaya dipadam dan operasi ditamatkan pada pukul 1 petang. Semua mangsa didaftarkan masuk ke PPS yang disediakan.
“Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman dengan menggunakan empat aliran sepanjang 1,000 kaki dengan 12 pancutan.
“Jentera FRT bantuan dari BBP Kinabatangan turut menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua aliran sepanjang 400 kaki dengan empat pancutan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pemeriksaan mendapati tiada lagi bahaya lain di lokasi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Sementara itu, Ketua Kampung Bahagia, Sharif Hashim Sharif Titing ketika dihubungi berkata, hampir 90 peratus kediaman di kampung itu terbakar dan menjadikannya kebakaran paling besar pernah berlaku di situ.
“Ini kejadian ketiga selepas kejadian sama berlaku pada 1994 dan 2001 tetapi kali ini keseluruhan kampung terbakar. Syukur tiada kemalangan jiwa berlaku. Kami harap bantuan segera dapat disalurkan termasuk daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.
Susulan kejadian itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan memaklumkan, kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan negeri Sabah sedang menyelaras bantuan asas dan penempatan sementara kepada semua mangsa terjejas.
“Terkesan tatkala menerima laporan kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan yang telah memusnahkan ratusan buah rumah penduduk kampung. Keutamaan kini adalah keselamatan mangsa serta bantuan segera di lapangan,” katanya.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pula berkata, keutamaan ketika ini adalah untuk menjamin keselamatan dan menyediakan keperluan asas kepada semua mangsa yang terjejas.
Beliau berkata, insiden kebakaran besar itu amat mendukacitakan dan memerlukan tindakan segera daripada aspek penyelarasan menyeluruh semua pihak berkaitan.
“Kerajaan negeri sedang menggerakkan semua agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan mangsa sentiasa terjamin di samping menyediakan bantuan segera supaya mereka berada dalam keadaan selamat dan selesa,” katanya.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, penempatan penduduk di situ selepas ini perlu dibina dengan lebih terancang dan selamat bagi mengelak tragedi sama berulang.
Menurutnya, kerajaan sedang mewartakan kampung seluas 24 hektar berkenaan supaya pembangunan lebih sistematik dapat dirancang.
“Kita akan berbincang dengan kerajaan negeri berhubung keperluan membina Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi menempatkan mangsa kebakaran.
“Kita pastikan kita boleh bantu mangsa kebakaran untuk membina semula rumah mereka. Apabila kampung ini sudah diwartakan nanti, kita akan berbincang dengan kerajaan negeri untuk membina PPR,” katanya.-UTUSAN.
Sandakan: "Bukan saja rumah saya terbakar, malah hilang punca pendapatan kerana warung menjual bakso yang sudah lapan tahun saya usahakan juga musnah," kata Lim Nawali, 61.
Lim antara kira-kira 8,000 mangsa yang terbabit dalam kebakaran di penempatan atas air Kampung Bahagia, di sini, hari ini.
Menceritakan kejadian itu, Lim berkata, dia terjaga daripada tidur 1.30 pagi selepas terdengar bunyi bising dari rumah jirannya.
Katanya, dia bangun dan melihat api sudah mula marak di rumah jiran sebelum mengejutkan anak dan cucunya untuk menyelamatkan diri.
"Kami tidak sempat menyelamatkan apa-apa barang. Cuma bawa diri saja. Keadaan sungguh kelam kabut waktu itu. Saya cuma fikir keselamatan anak dan cucu yang masih kecil.
"Apa boleh buat, sudah takdir begini. Warung saya yang jauh dari rumah juga ikut terbakar," katanya.
Sementara itu, ibu satu anak, Alpaida Bundun, 38, berkata, dia tidak menyangka api boleh merebak sampai ke rumahnya kerana kedudukan yang jauh daripada rumah pertama terbakar.
Lebih menyedihkan, katanya, dia juga kehilangan punca pendapatan apabila kedai runcit kecil-kecilan yang diusahakan sejak lima tahun lalu musnah.
"Saya sudah mahu tidur, tapi saya dengar orang teriak cakap ada kebakaran. Saya terus keluar tengok keadaan, api sudah marak.
"Kami ambil yang penting saja, surat-surat (dokumen) semua dan terus keluar.
Rumah pertama yang terbakar jauh, tapi lama-lama tidak sedar, api makin dekat," katanya.
Alpaida berkata, rumahnya terbakar dalam 3 pagi selepas kebakaran rumah pertama yang dilaporkan pada 1.30 pagi.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan sedang menyelaras bersama Kerajaan Negeri Sabah untuk bantuan asas dan penempatan sementara dengan segera bagi penduduk di Kampung Bahagia, Sandakan yang terlibat dalam kebakaran.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keutamaan kini adalah keselamatan mangsa serta bantuan segera di lapangan.
“Terkesan tatkala menerima laporan kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan yang telah memusnahkan ratusan buah rumah penduduk kampung. Justeru, keutamaan kini adalah keselamatan mangsa serta bantuan segera di lapangan.
“Kerajaan Persekutuan sedang menyelaras bersama Kerajaan Negeri Sabah untuk bantuan asas dan penempatan sementara sesegera mungkin,’’ katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Dalam kejadian pada awal pagi tadi, kira-kira 200 rumah musnah dalam kebakaran di perkampungan atas air Kampung Bahagia di Sandakan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Jimmy Lagung berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 1.32 pagi dan sehingga kini kerja pemadaman masih dijalankan.
“Bomba menghadapi kesukaran ke lokasi kejadian berikutan keadaan jalan yang sempit sekali gus menghalang pergerakan jentera.
“Faktor angin kencang serta kedudukan rumah yang rapat menyebabkan kebakaran merebak dengan cepat selain laut surut menyukarkan usaha mendapatkan sumber bekalan air terbuka,” katanya. – 19 April, 2026