PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Kerajaan semak semula Dasar Pengurusan Bencana Negara

Kerajaan semak semula Dasar Pengurusan Bencana Negara

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menyemak semula Dasar Pengurusan Bencana Negara dalam meningkatkan daya tahan, mengukuhkan kesiapsagaan dan keupayaan negara dalam menguruskan bencana dengan lebih baik.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah mendapatkan persetujuan jemaah menteri untuk menyemak semula untuk memastikan ancaman bencana berada pada tahap minimum.

“Sebagai menyahut saranan ini, NADMA sedang di peringkat akhir proses semakan semula Arahan MKN Nombor 20, Dasar dan Mekanisme Pengurudan Bencana Negara, agar selaru dengan keperluan dan evolusi pengurusan bencana yang semakin kompleks. “Pindaan itu dijangka akan memantapkan  lagi pengurusan, lebih-lebih lagi ia merupakan dokumen rujukan utama dalam koordinasi dan mekanisma pengurusan bencana negara,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Apresiasi Petugas Barisan Hadapan Monsun Timur Laut (MTL) 2023/2024 di ibu negara hari ini.

Dalam pada itu beliau turut mengumumkan kerajaan melalui Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) yang dikelolakan oleh NADMA telah bersetuju menyediakan peruntukan awal berjumlah RM5 juta.

Peruntukan itu katanya bagi membolehkan ia digunakan oleh agensi-agensi dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang terlibat dalam pengurusan bencana.

“ Pihak NADMA akan memperincikan dan memaklumkan syarat-syarat dan kaedah permohonan peruntukan ini dalam masa yang terdekat, Insya-Allah,” katanya.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung
Pengunjung

Search