PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Keadaan macam perang sepanjang ribut 15 minit

KUALA LANGAT: “Keadaan sekolah seperti tengah perang. Saya nampak angin pusar dua kali keluar masuk dalam sekolah.”

Demikian pengalaman pe­ngawal keselamatan Sekolah Kebangsaan (SK) Sijangkang Jaya, yang menceritakan kejadian ribut dan angin pusar di Kampung Medan di sini, kelmarin.

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagi Ali, 50, berkata, semasa kejadian berlaku, dia sedang bertugas sendirian.

“Saya berada di bilik penga­wal keselamatan di pintu masuk sekolah. Kira-kira pukul 4.05 petang, hujan turun lebat. Kurang lima minit kemudian, saya nampak angin pusar dari arah tanah perkuburan Islam yang berdekatan.

“Angin memang kuat, tak pernah saya tengok dan rasai angin sekuat itu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, semalam.

Katanya, kemudian dia terus masuk ke dalam salah satu blok berhampiran untuk menyelamatkan diri namun terus melihat keadaan ribut turut membadai SK dan Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Medan.

“Bukan sekali angin pusar berpusing. Tetapi dua kali ­angin pusar mengelilingi kesemua sekolah ini. Saya nampak angin pusar membadai bumbung sekolah dan SK Kampung Medan,” katanya.

Menurutnya, angin pusar berlaku dalam 15 minit sebelum ia beransur-ansur hilang.

“Kerosakan di sekolah saya dan SK Kampung Medan. Kea­daan sangat teruk. Bumbung beberapa blok SK Kampung Medan juga rosak teruk,” katanya.-UTUSAN

Lebih 300 penduduk terputus hubungan akibat tanah runtuh

BANDAR RAYA MEXICO – Lebih 300 penduduk di bahagian tengah dan timur Mexico terputus hubungan akibat tanah runtuh dan banjir membawa maut yang berlaku semalam, lapor saluran berita CNN.

Ribuan anggota tentera dan pekerja awam bergegas membuka semula jalan yang terhalang akibat kejadian tersebut.

Kerajaan mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya 64 orang terkorban akibat hujan lebat yang berterusan. 

Puluhan lagi masih hilang dan pegawai memberi amaran bahawa tahap sebenar kemusnahan di bandar-bandar terpencil yang mempunyai antara 500 hingga 1,000 penduduk masih belum diketahui.

Hujan lebat itu dicetuskan oleh pertembungan dua ribut tropika yang melanda pesisir barat Mexico dan berlaku pada penghujung musim hujan yang luar biasa kuat, menyebabkan sungai melimpah serta cerun tanah menjadi lemah.

“Membuka semula jalan merupakan antara keutamaan terbesar kami. Kita perlu memastikan laluan udara, bekalan makanan dan air serta memeriksa keadaan setiap penduduk,” kata Presiden Claudia Sheinbaum.

Negeri yang paling teruk terjejas adalah Veracruz, Hidalgo dan Puebla. 

Kira-kira separuh daripada kampung terputus hubungan di Hidalgo yang mengandungi sekitar 100,000 rumah rosak atau musnah akibat limpahan sungai dan tanah runtuh.

Sementara itu, di Veracruz yang menyaksikan sekurang-kurangnya 29 orang terkorban, jumlah taburan hujan mencecah kira-kira 61 sentimeter hanya dalam tempoh empat hari. 

Gabenor Veracruz, Rocio Nahle berkata, lebih 300,000 orang terjejas di negeri itu sahaja. – AGENSI

Gunung berapi Lewotobi Laki Laki meletus kolum abu cecah 9,500m

JAKARTA, 15 Okt: Gunung berapi Lewotobi Laki-laki di wilayah Nusa Tenggara Timur dilaporkan meletus besar pada jam 9.21 pagi waktu tempatan hari ini, dengan kolum abu tebal mencecah ketinggian sekitar 8,000 meter dari puncak atau kira-kira 9,500 meter dari paras laut.

Menurut Pengamat Gunung Api Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), Herman Yosef, kolum abu berwarna kelabu pekat itu dilihat condong ke arah utara dan barat laut.

“Letusan ini direkodkan di seismogram dengan amplitud maksimum 47.3 milimeter dan tempoh 3 minit 1 saat serta menghala ke arah utara,” katanya.

Herman turut memaklumkan bahawa bunyi dentuman kuat kedengaran dari Pos Pengamatan Gunung Lewotobi Laki-laki di Flores Timur.

Ketika ini, gunung berapi tersebut berada pada Status Level IV (Awas), iaitu tahap amaran tertinggi dalam sistem pemantauan gunung berapi di Indonesia.

Sehubungan itu, pihak berkuasa melarang sebarang aktiviti dalam radius 6 kilometer dari puncak gunung, serta di sektor barat daya hingga timur laut sejauh 7 kilometer.

Penduduk yang terjejas akibat hujan abu vulkanik dinasihatkan memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko gangguan pernafasan. – TVS

Gegaran lemah landa Keningau

KENINGAU: Gempa bumi lemah melanda daerah ini pada jam 8.32 pagi tadi dengan gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, gempa berkenaan berkekuatan magnitud 2.0 pada kedalaman 10 kilometer.

Pusat gempa bumi itu dikesan pada koordinat 5.9 darjah Utara dan 116.5 darjah Timur, iaitu kira-kira 22 kilometer di utara Tambunan, Sabah.

MetMalaysia menjelaskan, tiada ancaman tsunami dikesan susulan gegaran itu.

Orang ramai yang merasai gegaran diminta mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/jr6DGx9pNxcrwv3T8 bagi tujuan rekod dan pemantauan lanjut.

Terengganu resorts must show monsoon safety videos to protect visitors

KUALA TERENGGANU: Chalet and resort operators along the Terengganu coast and islands must display safety videos highlighting sea dangers during the upcoming Northeast Monsoon.

State Tourism, Culture, Environment and Climate Change Committee chairman Datuk Razali Idris said the initiative aims to raise awareness and promote visitor safety.

“All chalet and resort operators have been instructed to display short videos warning about the dangers of swimming in the sea during the monsoon season,“ he told Bernama.

Razali noted that these videos are already available and credited last year’s safety measures with preventing fatalities.

“Alhamdulillah, we recorded zero fatalities last year, no deaths at all,“ he said. “We hope the operators will truly take safety measures seriously, and the same goes for visitors.”
 

The state government has not issued any official directive to close islands during the monsoon season.

Several large chalets and resorts on Redang Island and Perhentian Island remain open during the season due to tourist demand.

Razali explained that while the monsoon season lasts from November to February or March, it does not rain continuously.

“There are three or four times a month when boats can still enter,“ he said.

He emphasised that operators must make final decisions based on safety conditions.

“If the waves are rough, boats are not permitted to set sail,“ Razali stated.

“Safety measures, such as wearing life jackets, are extremely important and mandatory.” – Bernama

 

 
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search