12 Oktober 2025 - Sekitar suasana di Padang FA Jerantut, Pahang sempena Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2025 siang tadi. Terdapat banyak aktiviti menarik yang disediakan seperti reruai pameran pasukan penyelamat, cabutan bertuah, pameran aset jentera dan banyak lagi.
Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025 | 10 Oktober 2025 | Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras, Kuala Lumpur
Telah berlangsung Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025 yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental, mengurangkan stigma serta memberi pendedahan mengenai sokongan dan rawatan yang tersedia kepada masyarakat.
Dr. Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA telah dijemput sebagai panelis forum bagi tajuk “Di Ambang Krisis Bencana: Menjaga Kesihatan Mental dan Emosi”.
Bengkel Rakan NADMA Akademia | 9 Oktober 2025 | Everly Hotel, Putrajaya
Telah berlangsung Bengkel Rakan NADMA Akademia yang dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Hussain Moh, Timbalan Ketua Pengarah Pasca Bencana NADMA. Bengkel ini melibatkan penyertaan seramai 50 orang peserta terdiri daripada 13 institusi pengajian tinggi (IPT) dan 6 Rakan NADMA NGO.
Bengkel ini bertujuan untuk menyemak hala tuju penubuhan Rakan NADMA Akademia sebagai platform kolaborasi rasmi antara NADMA, universiti dan NGO. Ia juga dapat mengenal pasti bidang penyelidikan dan inovasi berasaskan komuniti (DRR & DRM) yang boleh diterjemahkan kepada dasar dan tindakan serta membangunkan jaringan sokongan akademik untuk memperkukuh kapasiti Rakan NADMA NGO dalam pengurusan risiko bencana.
Bengkel ini berjaya mendapatkan repository awal kajian dan projek berkaitan DRR dan DRM daripada universiti yang hadir. Akademia turut mendengar pandangan daripada Rakan NADMA NGO mengenai keperluan kolaborasi dalam penyelidikan impak program dan pembangunan kapasiti komuniti.
Bengkel ini menjadi langkah awal ke arah memperkukuh sinergi antara Rakan NADMA Akademia dan Rakan NADMA NGO dalam pengurusan risiko bencana negara melalui pendekatan kolaboratif berasaskan bukti dan berimpak kepada komuniti.
Program Rakan NADMA Emergency Simulation Exercise (RANDEX 2025) | 5 hingga 8 Oktober 2025 | Rainforest Genting Sempah, Pahang
Telah berlangsung program Rakan NADMA Emergency Simulation Exercise (RANDEX 2025) yang terdiri daripada 48 orang peserta sukarelawan-sukarelawan NGO/CSO Rakan NADMA. Objektif program ini untuk melatih sukarelawan NGO untuk menjadi koordinator bantuan bencana dari pihak NGO yang berkesan. Peserta dilatih dari aspek teori dan praktikal dalam pengurusan bantuan bencana yang berkesan.
Program adalah anjuran bersama NADMA dan Yayasan TM dengan kerjasama Red A Humanitarian Development Goal.
Taklimat Kesiapsiagaan Negara Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 Di Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-147
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Taklimat Kesiapsiagaan Negara Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 Di Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-147 | 7 Oktober 2025
Ketua Pengarah NADMA, Datuk Abdul Halim Hamzah telah menyampaikan taklimat Kesiapsiagaan Negara Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 semasa Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-147 di Pejabat Perdana Menteri.
Taklimat ini bertujuan menjelaskan persediaan jentera kerajaan bagi menghadapi MTL selain memperkukuh hubungan antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri.
Persediaan ini melibatkan beberapa perkara yang signifikan, antaranya:
1. Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB);
2. Kekuatan anggota;
3. Ketersediaan aset jentera;
4. Latihan simulasi melibatkan daerah dan negeri;
5. Kawasan titik panas (hotspot) banjir;
6. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan Negeri; dan
7. Penyelarasan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB)
Selain itu, Datuk Abdul Halim turut mengambil kesempatan mempamerkan replika Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) serta memberi penerangan pelbagai program yang akan dijalankan sepanjang bulan Oktober 2025.
