PONTIAN – Seramai 80 mangsa daripada 34 keluarga dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) susulan banjir kilat yang melanda beberapa kampung di daerah ini selepas hujan lebat berterusan sejak petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pontian berkata, dua PPS yang dibuka ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Durian dan SK Penerok pada pukul 7 malam tadi.
Menurutnya, PPS SK Sungai Durian menempatkan seramai 69 mangsa daripada 29 keluarga membabitkan penduduk Kampung Sungai Durian, Kampung Baru, Kampung Chokoh Laut dan Kampung Tanjung Piai.
“Manakala PPS SK Penerok pula menempatkan 11 mangsa daripada enam keluarga melibatkan penduduk Kampung Sungai Buntu dan Kampung Penerok,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Katanya, pelbagai agensi di bawah JPBD Pontian telah digerakkan sejak petang bagi memastikan urusan pemindahan dan pembukaan PPS berjalan lancar.
Antara agensi terlibat ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) selain penghulu mukim dan ketua kampung.
“Urusan pendaftaran mangsa dijangka selesai malam ini bagi membolehkan bantuan segera disalurkan kepada semua mangsa banjir,” katanya.-KOSMO! ONLINE
SUNGAI PETANI: Seramai 47 mangsa daripada 25 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas Kampung Huma di Mukim Merbok dilanda banjir akibat fenomena air pasang besar, semalam.
Menurut laporan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Muda, PPS di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Pial dibuka kira-kira pukul 4 petang bagi menempatkan mangsa terjejas.
Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Leftenan (PA) Zakiyah Md Akhir berkata, daripada jumlah keseluruhan mangsa, seramai 11 lelaki dewasa dan 22 perempuan dewasa dipindahkan selain enam kanak-kanak lelaki, tujuh kanak-kanak perempuan serta seorang bayi lelaki.
Turut direkodkan ialah seorang warga emas lelaki dan sembilan warga emas perempuan yang ditempatkan di PPS berkenaan.
“Keadaan cuaca semasa adalah baik dan tiada hujan dilaporkan setakat ini. Tiada perubahan jumlah mangsa di PPS,” katanya di sini, hari ini
Setakat ini, keadaan banjir dilaporkan terkawal namun pihak berkuasa terus memantau situasi semasa berikutan fenomena air pasang besar yang melanda kawasan pesisir daerah tersebut. – UTUSAN
Banjir di Pontian, 2 PPS dibuka
- Admin UKK
- Berita
PONTIAN: Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Durian dan SK Penerok, di sini, hari ini.
Seramai 110 mangsa dari 47 keluarga ditempatkan di PPS SK Sungai Durian manakala 61 mangsa dari 17 keluarga di tempatkan di SK Penerok yang dibuka sejak jam 7 malam tadi.
Seketeriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pontian memaklumkan pembukaan PPS di SK Sungai Durian menempatkan mangsa dari empat kampung iaitu Kampung Sungai Durian, Kampung Baru, Kampung Chokoh dan Kampung Tanjung Piai.
PPS SK Penerok pula menempatkan mangsa dari dua kampung iaitu Kampung Sungai Buntu dan Kampung Sungai Penerok.
"Mangsa dipindahkan di dua PPS berkenaan disebabkan rumah kediaman tidak selamat untuk diduduki kerana dinaiki air, " katanya dalam kenyataan hari ini.
SUNGAI PETANI: Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Orang Ramai Sungai Pial di Mukim Merbok, yang menempatkan 47 mangsa daripada 25 keluarga susulan kejadian air pasang besar yang berlaku semalam.
Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Leftenan (PA) Zakiyah Md Akhir, berkata PPS itu dibuka jam 4 petang semalam dan semua mangsa terbabit adalah dari Kampung Huma.
Beliau berkata, kejadian air pasang berlaku pada jam 12.15 tengah hari semalam menyebabkan kediaman penduduk di kampung berkenaan terjejas dinaiki air susulan air pasang itu.
"Jumlah mangsa membabitkan 11 lelaki dewasa, 22 wanita dewasa, 13 kanak-kanak, seorang bayi lelaki dan 10 warga emas. "Setakat ini cuaca dalam keadaan baik dan tiada hujan, " katanya.
SUNGAI PETANI – Seramai 47 mangsa banjir akibat fenomena air pasang besar di Kampung Huma, Merbok dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Pial sejak semalam.
Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Zakiyah Md. Akhir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 12.15 tengah hari semalam.
Katanya, PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Pial kemudian dibuka pada pukul 4 petang hari sama.
“Seramai 47 penduduk daripada 25 keluarga yang terjejas akibat fenomena tersebut kini berlindung di PPS berkenaan.
“Mangsa melibatkan 11 lelaki dewasa, 22 perempuan dewasa, enam kanak-kanak lelaki, tujuh kanak-kanak perempuan serta seorang bayi lelaki,” katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, keadaan cuaca pada pagi ini baik dan tiada hujan dilaporkan.
Fenomena air pasang besar semalam turut menjejaskan beberapa lokasi di kawasan pesisiran pantai di Kuala Kedah termasuk di Port Padang Garam. – KOSMO! ONLINE
