PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

47 mangsa banjir air pasang besar dipindahkan di Kuala Muda

47 mangsa banjir air pasang besar dipindahkan di Kuala Muda

SUNGAI PETANI: Seramai 47 mangsa daripada 25 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas Kampung Huma di Mukim Merbok dilanda banjir akibat fenomena air pasang besar, semalam.

Menurut laporan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Muda, PPS di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Pial dibuka kira-kira pukul 4 petang bagi menempatkan mangsa terjejas.

Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Leftenan (PA) Zakiyah Md Akhir berkata, daripada jumlah keseluruhan mangsa, seramai 11 lelaki dewasa dan 22 perempuan dewasa dipindahkan selain enam kanak-kanak lelaki, tujuh kanak-kanak perempuan serta seorang bayi lelaki.

Turut direkodkan ialah seorang warga emas lelaki dan sembilan warga emas perempuan yang ditempatkan di PPS berkenaan.

“Keadaan cuaca semasa adalah baik dan tiada hujan dilaporkan setakat ini. Tiada perubahan jumlah mangsa di PPS,” katanya di sini, hari ini

Setakat ini, keadaan banjir dilaporkan terkawal namun pihak berkuasa terus memantau situasi semasa berikutan fenomena air pasang besar yang melanda kawasan pesisir daerah tersebut. – UTUSAN

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search