PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Tragedi kepala air: SAR mangsa terakhir dihenti sementara kerana hujan lebat

Tragedi kepala air: SAR mangsa terakhir dihenti sementara kerana hujan lebat

KUALA KUBU BHARU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terakhir kejadian kepala air di Sungai Luit, berhampiran Tapak Berkelah Sungai Pertak dekat sini, terpaksa dihentikan sementara berikutan hujan lebat.

​Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, SAR dihentikan sejak 1 tengah hari tadi.

​"Operasi SAR berhenti sebentar kerana cuaca hujan sejak 1 tengah hari tadi dan sehingga sekarang belum berhenti. Buat masa ini hanya pemantauan dari tebing dan jambatan dilakukan," katanya dalam satu kenyataan ringkas.

​Terdahulu, media melaporkan, 43 anggota daripada pelbagai agensi meneruskan operasi SAR mangsa terakhir tragedi kepala air di Sungai Luit.

​Ashrul Riezal dilapor berkata, operasi yang bermula pada 8.50 pagi itu membabitkan 26 anggota JBPM dan 17 anggota agensi sokongan.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search