PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Tanah runtuh: SAM sudah beri amaran risiko bencana pembangunan di lereng bukit, cerun 10 tahun lalu

Tanah runtuh: SAM sudah beri amaran risiko bencana pembangunan di lereng bukit, cerun 10 tahun lalu

GEORGETOWN: Amaran Sahabat Alam Malaysia (SAM) mendedahkan pernah memberi amaran 10 tahun mengenai risiko bencana sekiranya projek kawasan bukit dan cerun diteruskan.

Presiden SAM, Meenakshi Raman, kebimbangan dibangkitkan ketika bantahan bersama penduduk serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada 2016 itu menjadi kenyataan apabila tanah runtuh benar-benar berlaku di Taman Seri Rambai sehingga mengorbankan satu nyawa.

Mengulas lanjut, katanya ketika itu penduduk tidak bersetuju dan membantah projek berkenaan yang dijangka mendatangkan pelbagai bencana pada masa depan.

"Projek itu tetap terus berlangsung dan pihak terbabit mendakwa langkah akan diambil supaya tidak ada kejadian tidak diingini.

"Tetapi lihatlah apa sudah berlaku sekarang... kemudian berlaku pula kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah pada Oktober 2017 sehingga mengorbankan 11 pekerja binaan termasuk seorang warga tempatan, " katanya ketika ditemui di Tanjung Bungah, hari ini

Mengulas tanah runtuh di Taman Seri Rambai yang mengorbankan nyawa Dr Wong Kar Lin, 73, Meenakshi berkata kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sepatutnya mengawal atau tidak membenarkan projek lereng bukit dijalankan dengan pemantauan tidak sempurna sehingga berlaku malapetaka besar.

Katanya, perubahan iklim antara punca perumahan di lereng bukit menjadi berisiko dalam jangka masa panjang.

"Pengalaman kita sebelum ini, apabila hujan lebih lebat dan kerap, struktur tanah tidak lagi dapat menampung beban.

"Jangan benarkan pembangunan di lereng bukit sebaliknya ambil langkah berjaga-jaga supaya ia boleh tahan impak daripada perubahan iklim.

"Sebenarnya kita perlu cegah (pembangunan di kawasan bukit) sebelum parah kerana apabila sudah parah, memang susah hendak kawal lagi," katanya lagi.

Menurutnya, SAM juga membantah sebarang cadangan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP) 2040 yang didakwa melonggarkan syarat pembangunan di kawasan bukit dan cerun di Pulau Pinang.

Katanya, antara sekatan sedia ada ialah larangan pembangunan kawasan yang mempunyai ketinggian melebihi 76 meter (250 kaki) dari aras laut atau kawasan yang mempunyai kecerunan melebihi 25 darjah.

"Peraturan sedia ada dalam RSNPP 2030 tidak seharusnya 'dilemahkan' sehingga membolehkan pembangunan komersial dijalankan di kawasan bukit yang sebelum ini dilarang.

"Perancangan pembangunan negeri perlu mengutamakan keselamatan penduduk dan pemeliharaan alam sekitar, khususnya di kawasan bukit yang berisiko mengalami tanah runtuh," katanya.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search