PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Baru cuci rumah, banjir kilat datang lagi

Baru cuci rumah, banjir kilat datang lagi

KULIM – Kira-kira 1,500 penduduk di Taman Angsana dan Taman Selasih, di sini sekali lagi berdepan banjir kilat pagi tadi, sehari selepas kawasan perumahan itu dilanda kejadian sama petang kelmarin.

Kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu berlaku selepas hujan lebat selama setengah jam, menyebabkan penduduk yang masih membersihkan rumah daripada kesan banjir kelmarin kembali bimbang.

Penduduk, Zahir Kassim, 57, berkata, dia mengetahui kejadian banjir kelmarin selepas menerima maklumat menerusi kumpulan WhatsApp taman perumahan dan media sosial ketika berada di Mengkuang, Pulau Pinang.

“Saya terus bergegas pulang ke rumah di Taman Angsana kira-kira pukul 6 petang. Kami menetap di Mengkuang, manakala rumah di Taman Angsana dijadikan inap desa.

“Sebelum ini rumah ini juga pernah dilanda banjir ketika disewakan kepada penyewa,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, kejadian banjir pernah berlaku sekitar 2017, namun kawasan tersebut tidak lagi dilanda banjir sehingga kejadian kelmarin.

“Kelmarin air masuk ke dalam rumah pada paras buku lali. Ketika kami sampai, karpet dan perabot sudah ditenggelami air berselut. Mujurlah ketika itu tiada penyewa berada di rumah. Sejak semalam hingga hari ini kami masih membersihkan barangan yang terkena air dan selut,” ujarnya.

Katanya, ketika mereka masih menjalankan kerja pembersihan, hujan lebat kira-kira setengah jam menyebabkan kawasan perumahan itu dilanda banjir kilat sekali lagi pada pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search