PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Cadangan baik pulih sistem perparitan Jalan Matang diteliti susulan banjir

Cadangan baik pulih sistem perparitan Jalan Matang diteliti susulan banjir

KUCHING, 13 Jan: Cadangan penambahbaikan sistem perparitan di sepanjang Jalan Matang menjadi fokus utama perbincangan yang diterajui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Dato Fazzrudin Abd Rahman, susulan kejadian banjir yang berlaku baru-baru ini.

Perbincangan hasil lawatan tapak pada 9 Januari 2026 itu menumpukan penilaian terhadap punca banjir, kapasiti sistem perparitan sedia ada serta keperluan langkah mitigasi jangka pendek dan jangka panjang.

Dalam kenyataan hari ini, Fazzrudin berkata langkah berkenaan penting bagi memastikan aliran air hujan dapat dikawal dengan lebih berkesan sekali gus mengelakkan paras air meningkat dengan cepat hingga menjejaskan penduduk.

“Perbincangan ini bukan sekadar menangani masalah sementara, sebaliknya bertujuan merangka penyelesaian jangka panjang demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau turut memuji komitmen pelbagai agensi yang terlibat termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Perbandaran Padawan, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sarawak, Jabatan Pertanian, Jabatan Tanah dan Survei serta Borneo Aromatic Coconut Sdn. Bhd. dalam usaha menangani isu berkenaan secara menyeluruh.

Menurutnya, kerjasama rentas agensi itu mencerminkan kesungguhan semua pihak dalam mencari penyelesaian berkesan terhadap isu banjir yang memberi kesan langsung kepada komuniti setempat. – TVS

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search