PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Banjir di Terengganu semakin pulih, 2,413 mangsa banjir di 6 daerah

Banjir di Terengganu semakin pulih, 2,413 mangsa banjir di 6 daerah

KUALA TERENGGANU: Banjir di negeri ini beransur pulih apabila hanya 2,413 mangsa daripada 697 keluarga yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah terlibat banjir.

Cuaca yang kembali cerah sejak tengahari semalam, menyebabkan banyak kawasan terkesan banjir kembali pulih dan hanya tinggal 34 PPS lagi yang dibuka bagi menempatkan semua mangsa terbabit.

 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, daerah Marang paling ramai mangsa banjir iaitu 1,084 daripada 294 yang berada di lapan PPS yang masih aktif di daerah itu setakat jam 8 malam.

Mangsa di daerah itu yang masih berada di PPS dikatakan tidak dapat pulang ke rumah berikutan terdapat beberapa kampung yang mengalami banjir termenung.

Difahamkan beberapa kampung di Kuala Terengganu turut mengalami banjir termenung menyebabkan daerah itu mencatatkan mangsa kedua teramai iaitu 550 orang daripada 217 keluarga yang masih berada di lima PPS.

Kuala Nerus merekodkan mangsa seramai 354 orang daripada 104 keluarga yang masih berlindung di lapan PPS.

Manakala Kemaman masih terdapat 196 mangsa daripada 37 keluarga di tujuh PPS, manakala Dungun pula, seramai 58 mangsa daripada 10 keluarga di dua PPS.

Semua PPS yang diaktifkan di Hulu Terengganu ditutup selepas banjir di daerah itu pulih sepenuhnya petang tadi.

Beberapa PPS lagi dijangka akan ditutup menjelang tengah malam ini.

 
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search