PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Malaysia hargai bantuan Thailand selamatkan rakyat terkandas banjir – PM

Malaysia hargai bantuan Thailand selamatkan rakyat terkandas banjir – PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan, kepada Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul dan kerajaan Thailand, atas bantuan serta keprihatinan mereka dalam membantu rakyat Malaysia yang terkandas akibat banjir di wilayah terjejas negara itu.

Anwar berkata, tindakan itu menggambarkan kekuatan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Thailand serta semangat solidariti yang tinggi serta amat dihargai.

“Malaysia dan Thailand akan terus bekerjasama rapat demi keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara,” katanya di laman sosial Facebook.

Beliau menegaskan Kerajaan sedang berusaha sedaya upaya memastikan semua rakyat Malaysia yang masih terkandas dapat dibawa pulang dengan selamat.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search