PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Taufan Kalmaegi: Angka korban melebihi 140 orang di Filipina

Taufan Kalmaegi: Angka korban melebihi 140 orang di Filipina

CEBU: Taufan Kalmaegi mengorbankan sekurang-kurangnya 140 nyawa manakala 127 lagi dilaporkan hilang selepas banjir besar memusnahkan kawasan di tengah Filipina, Selasa lalu.

Angka itu dikeluarkan pihak berkuasa tempatan, yang melaporkan ketika ini taufan itu bergerak menuju ke Vietnam.

Pejabat Pertahanan Awam Kebangsaan mengesahkan 114 kematian dilaporkan, namun angka itu tidak termasuk tambahan 28 kes kematian yang direkodkan oleh pihak berkuasa wilayah Cebu.

Taufan Kalmaegi melanda Cebu ketika wilayah itu masih dalam proses pemulihan daripada gempa bumi bermagnitud 6.9 bulan lalu yang meragut puluhan nyawa dan memaksa ribuan berpindah.

Menurut pakar kaji cuaca, Charmagne Varilla, kawasan sekitar Cebu City menerima 183mm hujan dalam tempoh 24 jam sebelum taufan melanda - melebihi purata bulanan 131mm.

 

Hujan lebat itu mencetuskan banjir kilat dan menyebabkan sungai serta saluran air melimpah.

Lebih 200,000 orang dipindahkan di seluruh wilayah Visayas, termasuk Pulau Cebu serta bahagian selatan Luzon dan utara Mindanao.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search