PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

KKR perkukuh kesiapsiagaan hadapi Monsun Timur Laut

KKR perkukuh kesiapsiagaan hadapi Monsun Timur Laut

PUTRAJAYA, 4 Nov: Kementerian Kerja Raya (KKR) memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dengan memastikan segala infrastruktur kritikal berada dalam keadaan baik bagi mengurangkan impak kerosakan akibat bencana alam.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata Bilik Gerakan Bencana telah diaktifkan bagi memantau serta menyelaras tindakan segera di lokasi terjejas di seluruh negara.

“Apabila MTL melanda, infrastruktur kita sering terkesan yang melibatkan jalan, jambatan dan cerun.

“Menerusi peruntukan tambahan, kita dapat melaksanakan lebih banyak program penambahbaikan bagi memastikan keselamatan dan ketahanan struktur di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir Program Jabatan Kerja Raya (JKR) Greenday 2025, di sini, hari ini.

Tambah Alexander Nanta, peruntukan diterima akan digunakan untuk kerja-kerja baik pulih dan pencegahan awal, termasuk pemantauan kawasan berisiko tinggi agar tidak berlaku kerosakan serius seperti hakisan dan runtuhan cerun.

Berkenaan JKR Green Day 2025 bertemakan yang bertemakan Green Generation: Empowering Change, beliau berkata perlaksanaanya sebagai inisiatif memperkukuh usaha kelestarian infrastruktur negara.

“dalam konteks pembangunan negara, infrastruktur merupakan tunjang utama kemajuan.

“Namun pembangunan pesat perlu diseimbangkan dengan tanggungjawab terhadap pemeliharaan alam sekitar.

“Di sinilah terletaknya peranan penting JKR Malaysia sebagai agensi teknikal kerajaan yang menerajui pembinaan infrastruktur hijau dan berdaya tahan,” katanya ketika berucap pada majlis itu.- TVS

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search