PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Sungai tercemar: Johor ambil air dari Melaka, Negeri Sembilan

Sungai tercemar: Johor ambil air dari Melaka, Negeri Sembilan

JOHOR BAHRU – Bantuan luar dari Melaka dan Negeri Sembilan turut digerakkan bagi memastikan bekalan air alternatif dapat disalurkan secara berterusan sekali gus mengurangkan kesulitan pemegang akaun di negeri ini yang terjejas susulan pencemaran Sungai Johor sejak Jumaat lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, sebanyak 31 lori air dengan jumlah kapasiti keseluruhan 613 meter padu telah digerakkan setiap hari bagi penghantaran air bersih ke kawasan terjejas.

Menurutnya, faktor penggunaan mendadak serta simpanan panik pengguna turut menjejaskan paras tangki utama di beberapa lokasi, menyebabkan bekalan tidak selanjar (intermittent supply). “Loji Rawatan Air (LRA) Semangar telah pulih sepenuhnya, manakala LRA Sungai Johor masih dalam proses pemulihan berperingkat yang menjejaskan baki lebih 12,000 akaun di beberapa kawasan seperti Tebrau, Skudai, Tiram dan Gelang Patah,” katanya dalam kenyataan.

Mohammad Fazli berkata, aktiviti perlombongan yang menjadi punca pencemaran Sungai Johor di sini diarahkan untuk dihentikan serta merta oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor.

Katanya, kerajaan negeri juga mengarahkan syarikat terlibat supaya menanggung kos kerja pemulihan serta langkah pembersihan yang diperlukan dan akan dikenakan tindakan kompaun mengikut enakmen yang wajar.-KOSMO! ONLINE

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search