PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Menara telekomunikasi terbakar di Senadin

Menara telekomunikasi terbakar di Senadin

MIRI, 27 Okt: Sebuah menara telekomunikasi di Jalan Ilmu, Senadin, di sini terbakar dalam kejadian yang berlaku malam tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kebakaran yang dilaporkan sekitar jam 10.39 malam itu mengakibatkan kira-kira 60 peratus kerosakan pada struktur menara berkenaan.

“Pihak bomba pada mulanya menerima laporan awal yang menyangka kejadian melibatkan tiang elektrik.

“Namun, setelah tiba di lokasi, pasukan mendapati kebakaran sebenarnya melibatkan menara telekomunikasi,” menurut kenyataan itu.

Seramai enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri dikerahkan ke lokasi dengan sebuah jentera FRT dan kenderaan Triton.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dan satu nozel, dengan bantuan air daripada pili bomba berdekatan.

Kebakaran berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya, manakala tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kejadian masih dalam siasatan.-TVS

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search