PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Lebih 1.2 juta terjejas akibat gempa bumi 'kembar di Davao Selatan Filipina'

Lebih 1.2 juta terjejas akibat gempa bumi 'kembar di Davao Selatan Filipina'

DAVAO CITY: Lebih 1.2 juta individu terjejas di seluruh Wilayah Davao di selatan Filipina susulan dua gempa bumi masing-masing bermagnitud 7.4 dan 6.8 yang menggegarkan Davao Oriental dan kawasan sekitarnya baru-baru ini, menurut kemas kini menyeluruh dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan dan Pembangunan Sosial Wilayah Davao (DSWD-11) pada Isnin, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

Setakat 19 Oktober, DSWD-11 melaporkan sejumlah 1,204,148 individu mewakili 275,649 keluarga di 452 'barangay' (kampung) merentasi 32 bandar dan majlis perbandaran terjejas akibat gegaran kuat itu.

Wilayah yang paling teruk terjejas termasuk Davao Oriental, Davao de Oro dan Davao del Norte, sekali gus mencetuskan mobilisasi segera bantuan kemanusiaan.

Penilaian kerosakan menunjukkan sebanyak 1,176 rumah musnah sepenuhnya manakala 22,839 lagi mengalami kerosakan separuh.

DSWD-11 memaklumkan bahawa 679 keluarga (2,260 orang) kini berlindung di pusat pemindahan, manakala 52 keluarga (192 orang) tinggal bersama saudara mara atau di penempatan sementara di luar pusat rasmi.

 

Walaupun bencana itu berskala besar, agensi berkenaan memberi jaminan bahawa sumber bantuan masih mencukupi, dengan sejumlah PHP116 juta dalam bentuk dana siap siaga dan barangan bantuan masih ada.

Setakat ini, DSWD-11 menyalurkan bantuan bernilai PHP72.6 juta kepada komuniti yang terjejas, menunjukkan komitmennya terhadap tindak balas pantas dan usaha pemulihan.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search