PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Bina empangan atasi banjir di sawah KADA

Bina empangan atasi banjir di sawah KADA

KOTA BHARU: Pembinaan empangan mampu mengatasi masalah banjir yang sering melanda kawasan tanaman padi bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

Pengerusi KADA, Khalid Abdul Samad berkata, perkara tersebut sudah dimasukan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bersama kerja-kerja menaik taraf infrastruktur pengurusan air yang lebih menyeluruh di kawasan berkenaan.

“Pembinaan empangan ini sangat diperlukan kerana mampu menampung jumlah air berlebihan pada musim tengkujuh. Bagaimanapun, perkara ini berada di bawah tanggungjawab Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). 

“KADA sedang memperkukuh persiapan bagi menghadapi musim banjir yang dijangka berlaku hujung tahun ini, termasuk meningkatkan keupayaan sistem pengurusan air di kawasan sawah dan takungan utama,” katanya selepas Sambutan Hari Sukan Negara peringkat KADA di Pusat Latihan Pertanian KADA di Melor, di sini hari ini. – UTUSAN

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search