PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Ribut Sijangkang, wanita terperangkap diselamatkan

Ribut Sijangkang, wanita terperangkap diselamatkan

SHAH ALAM: Seorang wanita terperangkap dalam runtuhan bangunan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang, dipercayai susulan ribut yang melanda sekitar daerah Kuala Langat, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata wanita berusia 51 tahun itu dapat diselamatkan dan cedera di pinggang dan paha.

Terdahulu, JBPM menerima panggilan kecemasan jam 4.24 petang yang memaklumkan berlaku runtuhan di Dewan Wawasan Kampung Medan, Telok Panglima Garang.

 

Komander operasi melaporkan kejadian membabitkan runtuhan bangunan pejabat penyelaras DUN yang mana terdapat seorang mangsa wanita berumur 51 tahun terperangkap bawah runtuhan.

"Mangsa dalam keadaan sedar dan pada jam 5.05 petang, mangsa dikeluarkan dan cedera di pinggang dan paha sebelum diserahkan kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

"Runtuhan juga membabitkan sebuah surau KAFA berhampiran berkeluasan 3,000 kaki persegi yang mana terdapat anggaran tujuh ke sembilan orang pelajar KAFA mengalami kecederaan ringan.

"Semua mangsa dirawat oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi," katanya. Terdahulu, tular di media sosial kejadian ribut dan angin pusaran berlaku di sebuah sekolah rendah di Banting, Kuala Langat, hari ini.

Beberapa video dan gambar yang memaparkan kerosakan teruk dialami sekolah berkenaan turut tular.

Menerusi satu video 40 saat dipercayai dirakam oleh kakitangan sekolah di lokasi berkenaan, kelihatan sampah termasuk kepingan bumbung sekolah berterbangan dalam bentuk pusaran angin.

Dalam video lain pula, kelihatan sebahagian bumbung sekolah turut roboh sekali gus mencetuskan panik dalam kalangan kakitangan sekolah.

Selain itu, terdapat juga rakaman sampah sarap memenuhi jalan serta pokok tumbang dipercayai lokasi berdekatan sekolah terbabit.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search