PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Banjir surut, tiada PPS dibuka di Lawas

Banjir surut, tiada PPS dibuka di Lawas

LAWAS, 7 Sept: Tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka susulan banjir kilat yang berlaku di kawasan Trusan sejak Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, Clarence D. Primus Tiandun berkata, sepasukan anggota dikerah ke lokasi kira-kira 20 kilometer dari balai selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 10.17 pagi.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati memang berlaku kejadian banjir seperti dilaporkan. Anggota kita melakukan pemantauan menggunakan seunit bot penyelamat dan mendapati paras air semakin surut serta keadaan terkawal.

“Tiada pemindahan mangsa dilakukan dan tiada PPS dibuka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, selepas memastikan keadaan selamat, operasi pemantauan ditamatkan pada jam 12.05 tengah hari.-TVS

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search