PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Greece bergelut padam kebakaran di Chios

Greece bergelut padam kebakaran di Chios

ATHENS:
 Pasukan bomba Greece bertungkus lumus memadam kebakaran melanda Pulau Chios pada Ahad, dengan pihak berkuasa tempatan memaklumkan 11 pesawat dan helikopter pemadam kebakaran dikerahkan bagi mengawal keadaan.

Stesen radio awam Greece, ERT melaporkan 16 perkampungan terpaksa dikosongkan kerana asap tebal menyelubungi kawasan terjejas, lapor agensi berita Jerman dpa.

Sebuah pusat penerimaan dan pendaftaran migran turut dipindahkan. Menurut Kementerian Migrasi dan Suaka, 629 pelarian dibawa ke kawasan selamat dan akan ditempatkan sementara di sebuah dewan sukan selama mana diperlukan.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Greece memaklumkan asap tebal kebakaran dapat dilihat menerusi satelit, dengan rakaman video menunjukkan skala kebakaran meluas.

Pasukan bomba memaklumkan unit bantuan dari wilayah lain turut digerakkan ke Chios untuk membantu operasi pemadaman, dengan kebakaran semakin marak akibat tiupan angin kencang.

Pihak berkuasa turut mengesyaki unsur khianat.

Pihak bomba dan polis sedang menyiasat laporan mendakwa kebakaran tercetus di tiga lokasi berbeza di Chios dalam tempoh beberapa minit, menurut siaran radio awam Greece.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search