PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Kebakaran hutan landa Pulau Chios, penduduk 16 kawasan dipindahkan

Kebakaran hutan landa Pulau Chios, penduduk 16 kawasan dipindahkan

CHIOS, 23 Jun– Pasukan bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran hutan yang melanda Pulau Chios di timur Laut Aegean pada Ahad.

Angin kencang menyebabkan api dan asap tebal marak ke kawasan hutan serta ladang, sekali gus merosakkan gudang, mengancam kediaman, dan memaksa pemindahan penduduk di 16 kawasan.

Gabenor tempatan, Konstantinos Moutzouris berkata kebakaran kini menghampiri bandar pantai Vrontados.

"Seramai 140 anggota bomba bersama 15 jentera serta 70 anggota komando hutan telah dikerahkan bagi mengawal kebakaran itu.

"Gangguan bekalan elektrik turut dilaporkan di beberapa bahagian pulau berkenaan.

"Pasukan bantuan tambahan dijangka tiba dari beberapa wilayah lain, hari ini," katanya memetik laporan penyiar rasmi ERT.- REUTERS

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search