PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Pembaikan Jalan Genting Peras-Kuala Klawang perlukan penilaian cerun - Amirudin

Pembaikan Jalan Genting Peras-Kuala Klawang perlukan penilaian cerun - Amirudin

BANGI: Kerja baik pulih Jalan Genting Peras-Kuala Klawang memerlukan penilaian mendalam terhadap cerun yang terjejas bagi menjamin keselamatan jangka panjang, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata kerja pembaikan tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa kerana dikhuatiri meningkatkan risiko kejadian tanah runtuh berulang.

“Ada beberapa aspek yang perlu dipertingkat dan dinilai semula untuk cerun-cerun yang terkesan.

“Kalau kita nak mempercepat kerja pembaikan dengan hanya meratakan jalan itu, mungkin mudah, tetapi isunya adalah bagaimana memperkukuh cerun di kawasan atas,” katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas pelancaran Program Tekad Pendidikan Kita Selangor di sini hari ini.

Amirudin berkata Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor Datuk Izham Hashim akan memberikan penjelasan lanjut berhubung kelewatan kerja pembaikan jalan terbabit, namun menegaskan projek berkenaan sedang berjalan.

Rabu lepas, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berharap kerajaan Selangor dapat menyegerakan pembaikan Jalan Genting Peras-Kuala Klawang yang rosak akibat banjir empat tahun lepas.

Aminuddin berkata jalan yang menghubungkan Jelebu dan Hulu Langat itu dapat mengurangkan kesesakan jalan raya terutama pada musim perayaan dan cuti sekolah, selain menjadi laluan alternatif kepada pengguna jalan raya untuk ke Kuala Lumpur sekiranya ia dibuka semula.

Jalan Kuala Klawang-Genting Peras ditutup kepada pengguna jalan raya sejak Disember 2021 kerana rosak akibat banjir dan cerun runtuh.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search