PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Sook diisytihar kawasan bencana banjir, satu PPS diaktifkan

Sook diisytihar kawasan bencana banjir, satu PPS diaktifkan

SOOK: Daerah Sook, Sabah kini menjadi daerah yang diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam yang menyaksikan kenaikan paras air kini dalam kategori bahaya.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Sook, Caroline Benjamin Jiungan berkata, pengisytiharan itu dibuat pada jam 10.30 pagi tadi selain maklum balas yang diterima daripada pelbagai agensi.

“Dengan ini berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD, maka adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana banjir di daerah Sook,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Keadaan itu juga katanya telah membawa kepada pembukaan satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang ditempatkan di Balai Raya Kampung Molosok Dalit.

Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Keningau dalam satu kenyataan juga memaklumkan, pihaknya telah pun mengatur gerak anggotanya bagi memindahkan mangsa banjir yang terjejas ke PPS berkenaan.

Pergerakan itu dibuat mulai jam 5.41 pagi tadi yang tertumpu di kawasan terjejas sekitar Kampung Dalit.

Sementara itu, tinjauan di beberapa kawasan sekitar daerah Keningau turut dilanda banjir dan arus deras semalam antaranya di Kampung Ambual dan Bingkor.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search