Wujudkan satu pelan mitigasi keselamatan khusus laluan paip gas
- Admin UKK
- Berita
SEREMBAN – Kerajaan Negeri perlu mewujudkan satu pelan mitigasi keselamatan khusus untuk laluan paip gas di negeri ini demi keselamatan umum.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamarol Ridzuan Mohd Zain(PN-Paroi) berkata, ia termasuklah pelaksanaan pemantauan berkala, larangan pembakaran terbuka dalam radius berisiko, serta pemasangan penanda lokasi paip gas yang lebih jelas.
”Di Negeri Sembilan, terdapat laluan paip gas bertekanan tinggi di kawasan seperti Sendayan, Seremban dan Port Dickson, termasuk di kawasan berhampiran perumahan dan industri.
“Kita tidak boleh memandang ringan risiko ini, apatah lagi laporan sebelum ini menunjukkan terdapat aktiviti pembakaran terbuka dan pembangunan berhampiran laluan paip gas yang membahayakan,” katanya dalam Sesi Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Diraja Persidangan Pertama (Perasmian ) Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15 di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE