Tanah runtuh di Jalan Haji Abdullah
- Admin UKK
- Berita
Kajang: Kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Haji Abdullah, Kampung Sungai Merab Luar, di sini, hari ini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8.50 pagi sebelum sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dengkil digerakkan ke lokasi.
Bagaimanapun katanya, kejadian itu tidak membabitkan sebarang mangsa, rumah atau kenderaan.
"Setiba pasukan di lokasi kejadian mendapati berlaku kejadian tanah runtuh di lereng bukit berhampiran jalan utama berketinggian 12.2 meter.
"Kejadian itu hanya membabitkan jalan utama untuk keluar masuk saja terhalang," katanya dalam kenyataan hari ini.