PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Bantulah kami! Banyak perkakas rumah jahanam

Bantulah kami! Banyak perkakas rumah jahanam

Sungai Buloh: "Walaupun sudah lali dengan bencana banjir namun jenguklah kami di sini. Hulurkan bantuan. Sedikit sebanyak dapat meringankan beban kami,".

Itu antara rayuan penduduk di sekitar Kampung Paya Jaras Hilir, di sini, yang terjejas selepas kediaman mereka dinaiki banjir susulan hujan lebat awal pagi tadi.

Pesara tentera, Nordin Ismail, 66, berkata, dia yang sudah lebih tiga dekad menetap di situ mengaku sudah lali menghadapi bencana banjir setiap kali cuaca buruk,

"Namun keadaan bertambah baik sejak kerja pelebaran sungai berhampiran kampung itu dilakukan beberapa tahun lalu.

"Saya duduk di sini sejak tahun 1981. Dah biasa dengan bencana banjir. Tetapi kalau ada pihak yang mahu menghulurkan bantuan apa salahnya sedikit sebanyak dapat meringankan beban kami.

"Banyak perkakas elektrik rosak seperti televisyen, peti sejuk dan sebagainya yang tidak sempat diselamatkan berikutan air tiba-tiba naik," katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di lokasi.

Sementara itu Zaini Abdul Rehman, 57, berkata, banjir terbaru pagi tadi adalah bencana kali keenam dihadapinya sejak berpindah ke kawasan itu pada 2017.

Menurutnya, pelbagai barangan seperti almari, tilam dan perkakasan elektrik rosak akibat ditenggelami air banjir.

"Saya harap ada pihak yang sudi memberi bantuan perkakas rumah terutama tilam," katanya yang bekerja sebagai buruh binaan.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search