PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Sultan Kelantan titah percepatkan pembinaan Empangan Lebir atasi banjir

Sultan Kelantan titah percepatkan pembinaan Empangan Lebir atasi banjir

KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bertitah supaya pembinaan Empangan Lebir dipercepatkan kerana ia menjadi keperluan mendesak dalam mengatasi isu banjir di negeri ini.

"Sebagaimana yang Beta zahirkan sebelum ini. Beta menekankan kepentingan penyelesaian segera terhadap isu banjir tahunan di Kelantan.

"Beta menggesa projek Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan dan Sungai Golok dapat disegerakan bagi semua fasa," Baginda bertitah semasa menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim di sini pada Isnin.

Turut mencemar duli, Sultanah Kelantan, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search