PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Banjir: Satu PPS dibuka di Port Dickson

Banjir: Satu PPS dibuka di Port Dickson

PORT DICKSON : Susulan hujan lebat sejak malam semalam, beberapa penempatan di Linggi, di sini, dilanda banjir kilat awal pagi ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Port Dickson, Kapten (PA) Mohd. Azri Abu Hassan berkata, keadaan terkini tersebut menyebabkan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Balai Raya Kampung Permatang Pasir dibuka menempatkan 32 mangsa daripada sembilan keluarga.

Menurutnya, PPS berkenaan yang dibuka pada 8.30 pagi tadi menempatkan mangsa dari Taman Linggi Idaman, Darul Widad dan Kampung Permatang Pasir.

“Ia berikutan hujan lebat sejak malam tadi, lokasi itu memang kawasan rendah dan berdekatan sungai, jadi memang akan cepat dinaiki air.

“Ini kejadian banjir kali kedua bulan ini. Buat masa ini, cuaca masih hujan renyai dan banjir masih belum surut,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Mohd. Azri berkata, bagaimanapun tiada kemusnahan harta benda yang teruk dilaporkan akibat banjir itu dan pihaknya sentiasa memantau keadaan semasa.-UTUSAN

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search