PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Ribut: Atap asrama tercabut

Ribut: Atap asrama tercabut

JERANTUT: Asrama pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Tawar di sini, antara premis terjejas teruk apabila sebahagian atap tercabut dibadai ribut yang melanda Pulau Tawar dekat sini, kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kampung (JPKK) Kedondong/Masjid, Mohd. Rozi Rozuki berkata, kejadian tersebut turut merosakkan empat buah rumah penduduk selain pokok tumbang yang menghalang laluan kenderaan di jalan raya menghala ke Kampung Bandar, Kampung Kedondong dan Kampung Kubang Sekendal dari arah bandar Jerantut.

“Dalam kejadian selama 20 minit bermula pukul 5.30 petang itu, ribut disertai hujan lebat membadai enam buah perkampungan Melayu di pesisir Sungai Pahang yang merosakkan rumah dan kemudahan awam,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.

Seorang penjaga pelajar yang mahu dikenali sebagai Kamal berharap kerja pemulihan asrama pelajar lelaki SMK Pulau Tawar disegerakan bagi membolehkan anaknya tinggal dan belajar de­ngan selesa.

“Saya tidak mampu berulang-alik menghantar dan mengambil anak sekiranya asrama ini lambat dibaiki,” katanya.

Sementara itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar yang juga Ahli Dewan Negeri Lantikan, Haris Salleh Hamzah yang melawat premis tersebut memberi jaminan kerajaan menerusi agensi berkenaan akan segera membaik pulih asrama pelajar yang rosak.

“Saya berharap ibu bapa serta pelajar berkenaan bersabar kerana kita (kerajaan) prihatin dengan mereka terbabit berikutan kejadian ribut semalam dan usaha sedang dilakukan untuk membaik pulih bagi keselesaan pelajar ber­kenaan,” ujarnya. – UTUSAN
 
 

 
 
 
 
 
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search