PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

50 rumah rosak ribut landa Perak Tengah, Larut Matang Selama

50 rumah rosak ribut landa Perak Tengah, Larut Matang Selama

IPOH: Lebih 50 rumah rosak susulan ribut berserta hujan lebat yang melanda daerah Perak Tengah dan Larut Matang Selama lewat petang tadi.

Kejadian berlaku antara jam 4.30 petang hingga 6,30 petang itu membabitkan enam kampung di sekitar Perak Tengah dan tujuh di Larut Matang Selama, dengan beberapa kejadian pokok tumbang turut dilaporkan.

 

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak, enam kampung terjejas di sekitar Perak Tengah adalah Kampung Seberang Perak, Kampung Pasir Jenderis, Kampung Kepala Pulau, Kampung Pulau Besar, Kampung Gajah dan Kampung Pasir Salak.

Sementara di Larut Matang Selama pula membabitkan Jalan Pengkalan Cemerlang, Taman Medan Pengkalan, Taman Damai, Pengkalan Air, Taman Pengkalan Cemerlang, Kampung Pak Darus, dan Kampung Batu 2½.

"Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Jejawi di Teluk Intan bagi menempatkan penduduk terjejas terutama dari Perak tengah.

"Di Larut Matang Selama pula, PPS dibuka di Dewan Serbaguna Taman Kaya bagi menempatkan penduduk yang kehilangan tempat tinggal.

"Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini, dan pihak berkuasa masih menjalankan penilaian terhadap kerosakan yang berlaku," katanya melalui kenyataan itu.

Dalam pada itu, susulan kejadian itu 25 anggota Angkatan Pertahanan Awam digerakkan ke kawasan terbabit bagi membantu kerja pembersihan pokok tumbang, selain memberikan bantuan kepada penduduk.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search