PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Banjir: Jumlah mangsa di Johor menurun pagi ini

Banjir: Jumlah mangsa di Johor menurun pagi ini

Johor Bahru: Jumlah mangsa banjir di Johor menurun hari ini, dengan 309 orang daripada 104 keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi, berbanding 318 orang daripada 107 keluarga direkodkan semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani dalam kenyataan hari ini, berkata kesemua mangsa dari Batu Pahat dan ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gading.

"Mereka adalah penduduk Kampung Baharu Sri Gading, Kampung Parit Bengkok, Kampung Parit Kaspan, Kampung Parit Samion, Kampung Parit Haji Salleh Ros, Kampung Parit Sri Muar, Kampung Sri Pandan dan Kampung Parit Samijan," katanya.

Beliau berkata laporan menunjukkan Sungai Senggarang, Batu Pahat masih berada pada paras amaran dengan bacaan 3.18 meter manakala Sungai Batu Pahat merekodkan paras waspada dengan bacaan 2.30 meter.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search