PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Warga Myanmar di Malaysia rai kepulangan anggota SMART

Warga Myanmar di Malaysia rai kepulangan anggota SMART

KUALA LUMPUR – Rasa terhutang budi dengan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) membantu mangsa gempa bumi di Myanmar – sekumpulan warga negara itu yang berada di Malaysia meraikan kepulangan pasukan itu di Subang dekat sini semalam.

Berdasarkan video tular, ada antara rakyat Myanmar itu menghadiahkan jambangan bunga dan ada mencium kepala anggota SMART.
 

Pasukan SMART Malaysia telah menamatkan operasinya dan pulang ke tanah air semalam. Sebelum ini, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, selain tempoh operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh SMART telah tamat, ia perlu dihentikan kerana mereka tidak lagi menjumpai mangsa hidup yang terperangkap di bawah runtuhan bencana alam itu.

SMART sebelum ini telah dihantar ke Sagaing iaitu kawasan paling teruk terjejas kerana pasukan itu mempunyai kelengkapan mencari dan menyelamat yang mencukupi.

Malaysia menghantar dua pesawat A400M milik TUDM yang membawa 50 anggota dan pegawai SMART serta pasukan di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) ke Myanmar bagi operasi SAR pada 30 Mac lepas.

Operasi SAR oleh SMART berjaya mengeluarkan tujuh mangsa termasuk seorang yang masih hidup di bawah runtuhan gempa bumi di Daerah Sagaing, Myanmar sejak Isnin lepas.- MalaysiaGazette

 
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search