PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

‘Selamat kembali Sumandak Sabah dan semua pasukan SMART’

‘Selamat kembali Sumandak Sabah dan semua pasukan SMART’

PETALING JAYA – Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang menyertai misi kemanusiaan serta membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi di Sagaing, Myanmar telah selamat kembali ke tanah air hari ini.

Lebih membanggakan, pasukan yang terdiri daripada 50 anggota dan pegawai itu turut disertai seorang wirawati. Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok DeMeteen, ketibaan pulang pasukan itu telah disambut di sebuah lapangan terbang.

Kelihatan dalam klip video terbabit adalah satu-satunya wirawati yang menyertai misi terbabit dan difahamkan wanita itu adalah anggota bomba.

“Wanita tunggal SMART ops Myanmar tiba di tanah air. Tahniah MAS-01,”tulis individu terbabit.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai komen dan mereka bangga dengan wira dan wirawati yang telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

“Wira dan wirawati negara, terima kasih kerana membawa nama Malaysia ke persada dunia,”tulis @mando mane. “Welcome back (selamat kembali) Sumandak Sabah dan semua,”tulis @Mohd Azrul Hadi Alim.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @@Abg Tuan. “Selamat pulang insan-insan hebat, kamu yang terbaik,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search