Johor dilanda banjir, 3 PPS dibuka
- Admin UKK
- Berita
JOHOR BAHRU - Hujan lebat berterusan sejak pagi menyebabkan tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini pada malam Rabu.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Azmi Rohani berkata, mangsa banjir direkodkan seramai 68 orang daripada 20 keluarga bagi PPS di Dewan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Kampung Ulu Pandan.
"Dua lagi PPS yang turut diaktifkan pada jam 9 malam ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuo Kuang, Skudai.
"Jumlah mangsa banjir di dua PPS ini sedang dikemas kini. Sungai Skudai di Kampung Laut merekodkan 4.29 meter melepasi paras bahaya 3 meter," katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, operasi pemindahan mangsa banjir giat dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor di beberapa tempat antaranya di Kampung Laut Skudai, Kangkar Tebrau, Kampung Pasir dan Estet Senai.